Di Instagram, pelakon popular Kamal Adli mencuri tumpuan netizen apabila memuat naik momen bahagia bersama isteri tercinta serta puteri sulungnya sempena ulang tahun perkahwinan yang ketiga.
Artikel Berkaitan: Kamal & Uqasha Buktikan Hubungan Dalam Keadaan Baik, Buat ‘Live’ TikTok Bersama
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kamal Adli Nafi Rumah Tangga Bergolak – ‘Kalau Bergaduh Tu Biasalah, Perempuan Emosi..’
Ucapan romantik
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli menitipkan ucapan terima kasih buat Uqasha.
Di kapsyen itu, Kamal meluahkan rasa syukur atas pengorbanan yang dibuat isterinya selama 9 bulan.
Happy Anniversary to us! Tahun istimewa sikit sebab ada si kecil ini (Hawra Uqaira).
Thank you so much pada Uqasha sebab 9 bulan mengandungkan hadiah terhebat dari Allah ini. Awak ibu dan isteri yang hebat. Sama-sama kita jaga dan besarkan serta pelihara hubungan ini.
I love you so much. Terima kasih pada yang doa baik-baik buat kami. Yang kurang dari kami yang baik segalanya dari Allah.
Pelakon filem ‘Takluk: Lahad Datu’ itu juga berharap agar tuhan merahmati hubungan mereka serta dikurniakan rezeki yang hebat.
Sekadar info, sebelum ini Kamal menafikan spekulasi rumah tangga sedang bergolak. Tambahnya, setiap hubungan rumah tangga pasti memiliki ujian tersendiri.
Untuk rekod, Kamal dan Uqasha sah menjadi suami isteri pada 5 November 2021. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.
Sumber: IG Kamal Adli