Persediaan sambutan Syawal tahun ni nampaknya tak begitu meriah berbanding tahun sebelum ni berikutan orang ramai masih dalam keadaan berjaga-jaga ekoran penularan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia.
Jika dulu, setiap kali tibanya musim perayaan, ramai yang dah mula buat persiapaan raya seperti membeli baju raya dan beli perabot baru. Namun tahun ni, nampaknya Syawal akan disambut dalam keadaan sederhana je. Tapi takpe, untuk kebaikan semua kan? Jom kita compare sikit apa yang beza untuk raya tahun ni. Korang jangan sedih pula!
1. Rindu nak sembahyang raya dekat masjid
Sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini disambung kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), aktiviti berkumpulan dan perhimpunan telah menjadi larangan. Sembahyang jemaah di masjid pun dihadkan bilangan ahlinya. Kemungkinan besar tahun ini, sembahyang sunat Aidilfitri turut tak dapat diadakan kerana penularan wabak yang masih lagi aktif.
2. Larangan mengadakan bazar Syawal
Kalau tahun-tahun sebelum ni, bazar Syawal merupakan tempat wajib dikunjungi setiap kali hampir tibanya musim perayaan. Kat sinilah korang boleh tawar-menawar untuk dapatkan pakaian raya, tudung, kain samping dan juga kuih raya pada harga murah. Tapi tahun ni, arahan dah dikeluarkan supaya sebarang bentuk penganjuran bazar hendaklah dibatalkan.
3. Tiada penganjuran rumah terbuka
Rumah terbuka merupakan satu kewajipan sepanjang bulan Syawal. Masa inilah korang nak jemput sedara-mara dan kenalan datang rumah. Macam-macam juadah akan disediakan bagi meraikan tetamu. Ayam masak merah, rendang daging, nasi impit, lemang dan kadang-kadang kambing golek pun ada juga! Tapi tahun ni, kalau dapat sambut raya dengan famili kat kampung pun dah bersyukur!
4. Boleh balik raya ke tahun ni?
Sebelum ni, kerajaan dah keluarkan arahan untuk tak pulang ke kampung bagi meraikan Ramadan. Namun, situasi semasa wabak COVID-19 seolah-olah memberi petanda larangan ini akan diteruskan sehingga menjelangnya Syawal. So, korang banyakkan bersabar okay kalau tak boleh balik raya!
5. Hadkan aktiviti kunjung-mengunjung
Aktiviti kunjung-mengunjung sewaktu Aidilfitri sudah menjadi satu kewajipan dalam masyarakat kita. Time ni lah nak kenal saudara-mara dan mengeratkan silaturahim. Tapi, nampaknya tahun ni semua aktiviti ni terpaksa ditangguhkan.
Menteri Hal Ehwal Agama pun dah pesan supaya mengehadkan aktiviti ziarah-menzirahi dan mengamalkan penjarakan sosial.
6. Sambut Ramadan & Syawal dalam sederhana
Wabak COVID-19 mengajar kita supaya bersederhana dalam melakukan sesuatu perkara. Korang jangan pula stress tak dapat menyambut Ramadan dan Syawal dengan keluarga. Paling penting, kena jaga kesihatan diri korang dan yang tersayang supaya terus kuat menghadapi ujian penyakit ni!
Walaupun raya suram, Dutch Lady nak berkongsi Berkat Syawal bersama korang seisi keluarga!
Memahami keadaan rakyat Malaysia yang tak begitu teruja menyambut Aidilfitri tahun ni, Dutch Lady nak korang tau betapa pentingnya penjagaan kesihataan pada waktu macam ni.
Istimewa untuk sambutan Syawal tahun ni, Dutch Lady memperkenalkan kebaikan susu dengan rasa jus buah delima yang sebenar, Juicy Milk Buah Delima. Melalui minuman ni, korang boleh menikmati kebaikan makanan sunnah dalam satu hidangan lazat tau!
Macam yang korang tau, buah delima ada banyak kebaikan untuk kesihatan dan gabungan bersama susu Dutch Lady yang diperkaya dengan Vitamin A,C,E, kalsium, 0% lemak dan INULIN (membantu menjaga persekitaran usus yang baik) pastinya dapat membantu penjagaan kesihatan korang!
Sebelum ni, Dutch Lady telah pun mengeluarkan 2 produk susu dengan rasa jus buah sebenar, Juicy Milk Oren dan Juicy Milk Strawberi. Ini merupakan produk seumpamanya di pasaran yang memperkenalkan khasiat susu dan buah sebenar dalam satu hidangan.
Jom, eratkan hubungan silaturahim seisi keluarga dengan hidangan Dutch Lady JUICY MILK Syawal nanti. Sedap tau!
Kalau nak tau lebih lanjut mengenai produk keluaran Dutch Lady, korang boleh klik kat SINI. Kekal berkhasiat dan kuat bersama menghadapi wabak COVID-19 dengan Dutch Lady!