berita

‘Sampai Bila Nak Hidup Bahagia Dengan Bergantung Atas Pujian Manusia?’ – Rita Rudaini

November 28th, 2023 | by Alia
Kini Trending

rita rudaini

Pelakon, Rita Rudaini meluahkan perasaan kurang senang terhadap segelintir individu yang melebih-lebih menayang kebahagiaan di media sosial sehingga mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.

Artikel Berkaitan: ‘Baru Tahu Ada Orang Lagi Bodoh Daripada Saya’ – Rita Rudaini Tujukan Pada Siapa?

Artikel Berkaitan: ‘Ba** Hutan Pun Nampak Macam British Short Hair’ – Rita Rudaini Perli Siapa Tu?

Semua benda nak tunjuk

rita rudaini

Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar kesal dengan tindakan penggunana media sosial yang gemar menjadikan kebahagiaan mereka sebagai konten.

Zaman sekarang, semua benda nak tunjuk. Kalau boleh atas katil pun nak tunjuk. Kita yang paling bahagia, kita yang paling suami sayang, semua benda nak rekod dan jadikan konten.

Aktres berusia 47 tahun ini juga menzahirkan kerisauan terhadap trend yang membimbangkan itu kerana segelintir individu yang dahagakan pujian akan timbul perasaan angkuh dalam dirinya.

Kadang-kadang niat kita hanya nak bagi inspirasi dekat orang tapi lama-lama dah seronok dengan puji-pujian manusia, hati kita rasa nak lagi dan lagi sampai niat asal tu dah terpesong jadi riak, bangga, sombong dan suka menunjuk-nunjuk.

Bila tiba-tiba Allah jentik ujian, apa lagi yang kita nak tunjuk? Konten pun dah sepi, sunyi..yang ada hanya tengah bergelut melayan rasa sakit yang tak tertanggung.

Sementara itu, Rita sempat menitipkan pesanan agar tidak semua momen yang berlaku dalam kehidupan dimuat naik di media sosial untuk mengelakkan daripada perkara buruk berlaku.

Jadi berpada-padalah, sampai bila nak hidup bahagia dengan bergantung atas pujian manusia? Kalau tak menunjuk pun kita semua boleh bahagia kan?

Semua itu atas pilihan sendiri, nak bahagia tipu-tipu atau nak bahagia dalam tenang..pesan untuk diri sis sendiri.

Sumber: Instagram Rita Rudaini

SKIP THIS AD ×