berita

Sangat Mengecewakan – Datuk Siti Nurhaliza

May 8th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Dato-Siti-Nurhaliza-26-630x420

Siapa dah dengar single terbaru penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza? Khabarnya lagu ‘Jaga Dia Untukku’ itu merupakan luahan rasa cintanya terhadap suaminya, Datuk K.

Namun, baru-baru ini, kami mendapat khabar bahawa single terbaru Siti yang dipasarkan menerusi iTunes pada 3 April lalu telah dicetak rompak.

Melalui laporan mStar Online, Siti melahirkan rasa kecewanya apabila diberitahu lagu tersebut boleh dimuat turun secara percuma tanpa sebarang urusan pembelian di beberapa laman internet.

siti

Ini sesuatu yang sangat mengecewakan kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil jalan mudah tanpa memikirkan kesusahan pihak lain yang menghasilkan lagu tersebut.

Saya sendiri telah turun padang mempromosikan lagu ini secara eksklusif di radio Hot FM pada 3 Mei lalu. Malah para peminat saya juga mendapatkan lagu ini dengan melanggan di iTunes. Tetapi pada masa sama, ada pihak yang tidak bertanggungjawab `mencuri’ hasil kerja orang lain.

Bagaimanapun, Siti tetap melahirkan rasa syukur apabila lagu terbarunya itu menduduki carta pertama iTunes Malaysia.

Apapun, kepada peminat-peminat industri hiburan tanah air, dapatanlah single-single terbaru artis kegemaran anda secara sah dan bukan cetak rompak.

 

SKIP THIS AD ×