berita

Sanggup Ambil Cuti Tanpa Gaji Demi Menjaga Rakan Hidap Kanser Ovari

April 7th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Dugaan hidup datang tanpa kita duga dan sedari. Apatah lagi memiliki sahabat yang setia dan ringan tangan sudi menghulurkan bantuan tatkala kita ditimpa masalah. Kisah seorang sahabat ini sanggup mengambil cuti tanpa gaji demi menjaga rakannya yang baru saja menjalani pembedahan tulang belakang akibat kanser.

Menurut Sinar Online, Basyariyah Din telah menghidap kanser ovari tahap keempat dan baru saja menjalani pembedahan tulang belakang pada bulan lepas. Dia kehilangan ibu bapa dan dua abangnya beberapa tahun lalu terpaksa menjalani kehidupan seorangan.

‘Dia sanggup ambil cuti’

Nasibnya baik apabila muncul seorang sahabat yang sudi membantu menguruskan kehidupannya itu. Haslinawati Hashim membuat keputusan untuk mengambil cuti bekerja tanpa gaji demi membantu Basyariyah.

Saya mula kenal Kak Has sejak 18 tahun lalu masa sama- sama bekerja di sebuah kilang di Tanah Merah, sejak dari itu hubungan kami mulai rapat sehingga hari ini.

Dia juga merasa sedih apabila dimaklumkan dirinya menghidap penyakit kanser ovari sejak penghujung 2016. Namun, akhirnya dia menerima ujian Allah ini dengan redha.

‘Dia juga seperti keluarga’

Sekarang ini saya ambil cuti tanpa gaji mulai Januari lalu sejak Kak Chik (Basyariyah) masuk wad untuk pembedahan tulang belakang. Sebab tak dak sapa nak jaga Kak Chik, mak saya pun tak larat dah, jadi saya la yang jaga dia. Tak tau la sampai bila saya nak cuti, tengok atas keadaan Kak Chik la.

Mereka juga saling menganggap seperti keluarga dek kerana sudah rapat mahupun di tempat kerja atau di rumah. Kini, Basyariyah menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kanser Survival Malaysia setiap bulan bagi meringan bebannya.

Credit: Sinar Online

SKIP THIS AD ×