berita

Sanggup Bagi Kucing Telan Racun, Tidak Ada Hati Perut!

February 26th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang jinak dan comel. Semestinya menjadi haiwan peliharaan segenap masyarakat yang cintakan haiwan dan ia juga mudah untuk dipelihara dengan baik. Haiwan spesis mamalia karnivor ini juga menjadi teman sepermainan tatkala kita dalam kesunyian dan ditimpa masalah.

Malangnya, ada juga antara kita tidak menyukai kucing kerana hal-hal tertentu yang dianggap menyusahkan. Ini thread kisah pengguna Twitter, Iyzatun berkongsi kejadiaan malang yang ditimpa 3 ekor kucing peliharaannya mati diracuni.

Tidak ada hati perut!

Kisah kucing peliharaan gadis ini dikongsi dengan rasa yang sayu dan geram terhadap perbuatan kejam di pembunuh. Kucing peliharaan keluarga ini telah diracuni dan masih tidak diketahui siapa pembunuh.

Nyawa-nyawa ikan

Ibu kepada gadis ini mula menyedari haiwan peliharaannya muntah di dalam sangkar dan kelihatan hampir mati. Ibu segera keluar membeli air kelapa bagi memulihkan keadaan dan segera menelefon kedua anak perempuannya bagi memaklumkan hal demikian.

Sedih dan geram

Gadis ini segera pulang dan terkejut melihat 3 ekor kucing peliharaan telah mati di dalam sangkar. Hatinya sayu berbaur geram terhadap si pembunuh kejam tersebut.

Sangkar bersepah

Gadis ini mendapati keadaan dalam sangkar bersepah. Bekas air dan makanan terbalik serta muntah banyak kelihatan dalam sangkar. Kucing tersebut segera ditanam di kawasan rumah. Sungguh tergamak manusia yang sanggup melakukan hal sekejam ini.

Credit: Twitter Iyzatun

SKIP THIS AD ×