berita

Sanggup Beli Anjing & Kucing Baka Mahal Tapi Nasib Haiwan Gelandangan Tidak Terbela?

May 27th, 2016 | by Ai
Isu & Kontroversi

cover shelter

Manusia dituntut untuk berbuat baik kepada haiwan kerana mereka juga makhluk ciptaan Allah. Tidak dinafikan, ramai pencinta haiwan disekeliling kita. Lihat saja bila ada isu penyeksaan haiwan diutarakan di laman-laman sosial, ramai yang berkomentar dengan marah serta mengkritik perbuatan tersebut.

Namun, marah-marah dan mengkritik sahaja tidak cukup untuk membuktikan kasih sayang kepada haiwan. Haiwan seperti kucing dan anjing jalanan (stray cat and dogs), jika tidak dikawal pembiakannya akan menyebabkan bilangan mereka bertambah banyak. Meskipun kita tahu ada cara untuk mengawal pembiakan mereka iaitu melalui pemandulan (spay), ramai yang memilih untuk menutup mata apabila soal ini dibangkitkan.

Kesal dengan perkara tersebut, lelaki bernama Azrol Adizar ini menceritakan pengalamannya berkunjung ke sebuah pusat perlindungan haiwan jalanan semasa membantu seorang wanita tua mencari anjing peliharaannya. Di situ dia melihat situasi yang sangat menyayat hati. Sebak kami baca cerita ini, pencinta-pencinta haiwan sekalian sila ambil perhatian!

Macam Neraka Haiwan!

shelter1

Hari ni pet taxi aku bawak aunty ni ke sebuah pound (pusat perlindungan haiwan)… Kisahnya, aunty ni kehilangan stray puppy yang selalu dia bagi makan kat belakang rumah dia… Puppy ni baik katanya… Tapi ahad mlm yg lepas, jiran aunty ni bagitau puppy tu menyalak garang sebelum suara dia lenyap terus… So aunty tu syak maybe ditangkap oleh pihak berwajib… So hari ni bawak dia untuk tengok kalau-kalau puppy tu masih ada…

Tapi sayangnya… Puppy tu takde kat situ… Start tu dia menangis mendayu-dayu mengenangkan kat mana la puppy tu berada.. Dengan aku-aku sekali sedih… Banyak kali tawaf pound tu nak memastikan dia tak terlepas pandang… Tambah menyayat hati melihatkan mama dog yg baru lepas melahirkan tapi anak-anaknya mati kering kat situ… This place really like a hell for animals…

Lagi satu, tengoklah sangkar-sangkar yang ada kucing tu… Kalau 100 kali orang macam Muhamad Razeef Che Shamah dgn kak Norhayati Dahalin datang untuk bebaskan mereka pun, perkara tu takkan habis selagi ada mereka-mereka yang masih degil menentang pemandulan haiwan, pembuang kucing/anjing tegar, memilih baka-baka mahal je untuk diadopt dan mereka2 yg suka komplen atas kewujudan haiwan-haiwan gelandangan ni… Memang takkan selesai benda ni…

Baka Biasa Dipandang Sepi!

shelter2

So tak payah rasa diri tu suci murni sangatlah yer kalau dengan makhluk Allah ni pun korang tak boleh nak bantu… Suruh mandulkan pun macam-macam alasan bangang diberi…. Dah banyak dibuang-buang pulak… Pastu yang bestnya kalau dok pilih baka mahal-mahal… Yang baka biasa dipandang sepi… Padahal tu yang lebih memerlukan… Dah tu bila nampak pic kekejaman haiwan, dia la paling dulu memaki hamunnn… Fakers and f**kers, you are the same… Ni la result nasib-nasib mereka… Tak lama lagi tunggu masa dibunuh je… Puashati kan????

Aku hantar aunty yang kecewa tu pulang… Dia cuma memujuk hati bahawa ada org yg amik puppy tu untuk dibela… Tapi bila aku nampak kawasan tu ramai orang Myanmar, aku tau la apa nasib puppy tu…

Hmm, ada betulnya juga kata-kata lelaki ini. Ramai orang sanggup habiskan beratus, beribu ringgit untuk beli haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing daripada baka yang mahal, sedangkan haiwan-haiwan gelandangan ini lebih memerlukan perhatian dan pertolongan kita semua. Buat kita yang mengaku diri kita sebagai pencinta haiwan, renung-renungkanlah semula. Adakah perkataan ‘sayang’ sekadar di mulut sahaja?

Sumber: Azrol Adizar

SKIP THIS AD ×