berita

Sanggup Menyamar Jadi Pegawai Kanan Polis Semata-Mata Nak Rentas Negeri

May 9th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Seorang lelaki berusia 65 tahun dipercayai menyamar sebagai pegawai kanan polis semata-mata untuk mendapatkan kelulusan permohonan rentas negeri. Dia bagaimanapun telah berjaya ditahan pada 9.00 malam tadi di Balai Polis Petaling Jaya bagi membantu siasatan berhubung kes memalsukan identiti.

Sanggup menyamar

Menurut laporan media, lelaki berkenaan datang ke balai polis bagi memohon permit rentas negeri dan dia menunjukkan gambarnya memakai seragam lengkap di telefon pintar.

Suspek mengaku bergelar ‘Datuk’ dan berpangkat Asisten Komisioner Polis tanpa menunjukkan sebarang bukti identiti sebagai pegawai kanan polis.

Anggota bertugas ketika itu meminta suspek mengemukakan sebarang dokumen yang menunjukkan dia adalah pegawai kanan polis namun dia gagal berbuat demikian.

Malah, dia juga ditahan kerana gagal mempamerkan sebarang kad identiti dan kad kuasa serta menyamar sebagai penjawat awam.

Suspek telah ditahan reman selama sehari dan kes kini disiasat dibawah Seksyen 170 kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sumber: Redzuan Abdul Manap

SKIP THIS AD ×