berita

Sanggup Redah Sungai & Titi Kayu, Frontliners Kongsi Penemuan Nama ‘Kluster Titian’

October 31st, 2020 | by Amat
Kini Trending

Saban hari peningkatan kes positif Covid-19 di negeri Sabah semakin meningkat. Tambahan pula, mereka kekurangan sumber bantuan seperti perubatan dan tenaga pakar dalam menangani penularan wabak berjangkit ini.

Salah seorang pegawai kesihatan iaitu Ismuni Bin Bohari berkongsikan pengalaman berdepan dalam menangani wabak ini di Sabah sebelum dia dan pasukannya menemui kluster terbaharu iaitu Kluster Titian.

Menyusuli sungai, laut dan titian

Simpan di sini untuk kenangan satu hari nanti. Ilham Kluster Titian. Semalam turun bersama anak buah ke sekian kali di kawasan berpotensi jangkitan, menyusuli sungai laut dan titian. Sedikit cabaran bila hujan dan mula berangin. Anak buah di CPRC Labuan maklumkan HQ nak cadangan nama untuk kluster yang kami kenal pasti di kawasan ini. Kami tahu sensitiviti tempatan perlu di jaga. Info kena tepat supaya tidak panik. Pening sebab perlu keputusan cepat di kala berhati-hati untuk tidak jatuh laut yang telah menyaksikan ramai anak buah telah tersungkur.
Selepas 3 jam di lapangan, salah satu titian sejauh 5 meter patah. Terpaksa cari kayu untuk sambung sementara dan ketika termenung carik kayu. Nama ‘TITIAN ‘ muncul dan menjelmalah Kluster Titian. Terima kasih semua anak buah yang sangat tabah… InsyaAllah kita selesaikan amanah kita. KITA PASTI MENANG!
Ismuni Bohari sempat memuat naik beberapa foto semasa meninjau di sebuah kawasan perumahan di Sabah. Mereka sepasukan terpaksa menyusuli sungai dan titian kayu demi menggalas tanggungjawab buat negara.

Kluster baharu

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan terdapat penemuan kluster terbaharu di Labuan termasuk Kluster Titian. Setakat 30 Oktober 2020, terdapat lapan kluster baharu yang dikenalpasti KKM iaitu Kluster Rumah Merah, Kluster Telipok, Kluster Sembulan, Kluster Merpati, Kluster Astaka, Kluster Titian, Kluster Gala dan Kluster Meldrum.
Kluster Titian di Labuan pula, 464 individu disaring, 11 positif, 413 masih menunggu keputusan. Kluster Gala yang dilaporkan di Seremban dan Jelebu Negeri sembilan membabitkan saringan dilakukan terhadap h 139 individu, lapan positif (2 kes baharu) dan 33 masih menunggu keputusan.

Sumber: Ismuni Bin Bohari

SKIP THIS AD ×