berita

Sangkal Dakwaan Kasari Pegawai Syed Saddiq, SPRM Buat Laporan Polis

June 6th, 2020 | by faris
Kini Trending

Pegawai Syed Saddiq, Siti Nurul Hidayah mendakwa telah dikasari oleh penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 4 Jun lalu. Dakwaan itu dibuat dalam satu sidang media yang kemudiannya viral di laman sosial. SPRM menerusi Pengarah Siasatan, Datuk Norazlan Mohd Razali menjawab dakwaan itu.

Dakwaan hanya rekaan

Menurut Norazlan kepada Bernama, pihaknya menafikan sekerasnya dakwaan oleh Nurul Hidayah tersebut. Terangnya, SPRM tidak akan takut atau bertoleransi dengan ugutan mana-mana pihak kerana mempunyai bukti dakwaan tersebut tidak benar.

Dakwaan yang mengatakan beliau telah dikerumuni empat atau lima pegawai lelaki dan diuguti adalah rekaan semata-mata, sebaliknya sepanjang masa proses rakaman pernyataan dibuat, beliau telah ditemani oleh dua pegawai wanita.

Kehadiran beliau adalah secara sukarela sebagai antara saksi utama yang telah memberikan keterangan-keterangan penting dalam membantu SPRM menyiasat kes ini.

Buat laporan polis

Tambah Norazlan lagi, SPRM akan membuat laporan polis berhubung dakwaan itu dan menyerahkan kepada pihak polis menyiasat perkara tersebut.

SPRM bersedia memberikan kerjasama kepada pihak polis dalam perkara ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mengkritik tindakan SPRM memberi tekanan kepada ahli politik pembangkang. Ketua Penerangan Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Ulya Aqamah Husamuddin mengesahkan bahawa Tun Mahathir merujuk kepada Nurul.

Sumber: Bernama

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×