Pada 5 April 2014, Ashraf Muslim secara langsung telah bergelar ayah selepas isteri keduanya, Wan Sakinah selamat melahirkan anak sulung secara normal.
Selain kelahiran bayi yang comel itu, peminat juga dilihat sangat teruja apabila Ashraf memuat naik gambar isteri pertamanya, Dayana turut sama melawat Sakinah dan anak mereka di hospital.
Pada malam Jumaat lalu, Ashraf sekali lagi berkongsi gambar-gambar menarik sewaktu meraikan majlis Tahnik untuk anak perempuannya yang diberi nama Sarah Ashraf binti Mohd Ashraf.
Menerusi laman Instagram milik selebriti itu, Sarah Ashraf telah ditahnikkan oleh Habib Ali Zainal Abidin di Masjid Muaz, Setiawangsa sambil dihadiri oleh kaum keluarga, sahabat handai, warga masjid dan jemputan dari Darul Murtadha.
Berbeza dengan pendekatan sesetengah ibu bapa yang terus mengadakan majlis cukur jambul dan akikah, Ashraf nampaknya lebih selesa menyambut kelahiran puteri sulungnya dengan majlis Tahnik atau dalam kata lain belah mulut terlebih dahulu.
Untuk pengetahuan anda, Tahnik merupakan amalan sunnah Nabi Muhammad S.A.W bertujuan untuk menguatkan lidah dan mulut bayi supaya bersedia untuk menyusu dan mengambil berkat dari orang-orang soleh.
Buat semua pembaca OHBULAN!, jom lihat foto-foto yang dikongsikan oleh Ashraf di bawah ini. Semoga Sarah Ashraf membesar menjadi anak yang solehah kepada ketiga-tiga ibu bapanya.
Kredit foto: Instagram Ashraf Muslim