berita

Sarawak Bantu 9 Ribu Pelajar Bayar Tunggakan PTPTN

January 19th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebelum ini telah berjanji memberi insentif kepada pelajar untuk membayar tunggakan pinjaman balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Memetik laporan BERNAMA, Ketua Menteri ini memaklumkan sebanyak RM30 juta diperuntukkan bagi kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak untuk mengadakan rundingan bersama pihak PTPTN dalam menentukan kaedah pembayaran balik tungakkan kepada semua pelajar Sarawak.

Perbincangan baru selesai

Kerajaan Sarawak dan Yayasan Sarawak akan bekerjasama dengan pihak PTPTN dalam menyalurkan bantuan pembayaran tungakkan buat setiap pelajar yang meminjam untuk tujuan pembelajaran mereka.

Perbincangan itu baru sahaja selesai dan sudah ada formula bagi kita membantu pelajar Sarawak menyelesaikan tunggakan dengan PTPTN.

Dalam pada itu, Datuk Patinggi Abang Johari juga membelanjakan RM600,000 bagi membeli dua buah bas sebagai tujuan kegunaan pelajar dan pelaksanaan sebarang aktiviti. Sumbangan tersebut diberikan kepada Politeknik Mukah dan Politeknik Metro Betong.

Kerajaan Sarawak juga telah mengambil inisiatif untuk menyediakan perkhidmatan bas sekolah percuma kepada para pelajar, khususnya di bandar raya Kuching untuk meringankan beban perbelanjaan ibu bapa.

Melibatkan 9,634 pelajar

Menerusi sebuah keratan sidang media yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri, kerajaan Sarawak sudah menyediakan peruntukkan sebanyak kira-kira RM30 juta bagi mengotakan janji itu kepada pelajar. Sekurang-kurangnya, insentif ini dapat memberi 30% mengurangkan baki hutang pelajar yang meminjam PTPTN dengan melibatkan seramai 9,634 orang.

Sumber: BERNAMA

SKIP THIS AD ×