Seorang pengguna media sosial mempersoalkan tindakan pempengaruh dan usahawan, Sasha Abdul Aziz yang masih memberikan puting kepada puteri bongsunya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kisah Abang Tesla Buat Saya Teringat Kenapa Tak Kahwin Lelaki Melayu’ – Sasha Abdul Aziz
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sasha Abdul Aziz Dedah Sebab Tak Kahwin Dengan Lelaki Melayu – ‘Nampak Kaya Bawa Mercedes, Rupanya Suami Orang’
Anak hisap puting
Menerusi hantaran di Instagram Story, individu terbabit turut mempersoalkan fungsi pembantu rumah yang didakwa tidak membantu mendidik anaknya elak menggunakan puting.
Kenapa pakai helper dua tapi yang kecil tu tak diajar elak puting? Mudah la kerja helper.
Tidak berdiam diri, Sasha membalas pertanyaan individu terbabit dengan memberitahu anaknya dalam tempoh percubaan untuk tidak lagi menghisap puting.
Anak saya yang hisap puting, awak pula yang dengki. Apa masalah kalian?
Anak saya baru habis tempoh percubaan tak guna puting okay, jangan menyibuk.
Jangan menyibuk
Dalam pada itu, menerusi satu lagi siri hantaran di entri sama, Sasha meminta netizen supaya tidak mempersoalkan cara dia dan pembantunya mendidik anak-anaknya.
Jangan menyibuk cara dan pembantu saya. Tiada kaitan dengan awak semua.
Saya tahu macam mana nak mendidik anak-anak saya.
Sekadar info, Sasha memiliki dua puteri hasil perkahwinan dengan Daily Doseof Liu yang merupakan seorang mualaf.
Sumber: Instagram