Pempengaruh dan usahawan Sasha Abdul Aziz meluahkan rasa syukur apabila selesai melakukan prosedur cuci rahim atau ‘dilation and curettage’ (D&C) selepas mengalami keguguran, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Ada Pakai Bikini Ke? Tolonglah Netizen, Jangan Rosakkan Percutian Saya’ – Sasha Abdul Aziz
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hannah Delisha Trauma Alami ‘Missed Miscarriage’, Tahu Keguguran Selepas Sebulan Janin Meninggal Dalam Kandungan
Selesai cuci rahim
Menerusi hantaran di Instagram, Sasha berkata, prosedur tersebut berjalan dengan lancar dan dia akan menjalani tempoh berpantang selama lima hari.
Alhamdulillah selesai D&C. Saya akan berpantang selama lima hari untuk jaga dalaman (pakej berpantang keguguran bermula 8 Jun). Prosedur itu sangat tenang dan cepat, masya-Allah.
Mula-mula nervous gila, tapi bila nampak doktor Suhaiza terus hilang nervous sebab dia cantik sangat.
Dalam hantaran sama, Sasha turut berkongsi foto dia sedang duduk di atas katil wad sebuah hospital.
Sementara itu, menerusi hantaran di Instagram Story, Sasha berkongsi rutin yang dilakukan sepanjang tempoh berpantang.
Antaranya mengurut, bertungku, memakai korset, mandi bunga dan beberapa lain lagi.
Terdahulu, hasrat usahawan itu untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian apabila disahkan mengalami silent miscarriage atau keguguran terlepas.
Sumber: Instagram