Hasrat pempengaruh media sosial dan usahawan, Sasha Abdul Aziz ingin menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian apabila disahkan mengalami silent miscarriage atau keguguran terlepas, pada Khamis.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sasha Abdul Aziz Dedah Sebab Tak Kahwin Dengan Lelaki Melayu – ‘Nampak Kaya Bawa Mercedes, Rupanya Suami Orang’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Ada Pakai Bikini Ke? Tolonglah Netizen, Jangan Rosakkan Percutian Saya’ – Sasha Abdul Aziz
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hannah Delisha Trauma Alami ‘Missed Miscarriage’, Tahu Keguguran Selepas Sebulan Janin Meninggal Dalam Kandungan
Tak ada heartbeat
Menerusi siaran langsung di TikTok, Sasha yang tidak dapat menahan tangisan menyatakan dia mengalami keguguran ketika kandungannya di usia 12 minggu.
Cerita Sasha, ketika dia menunaikan ibadah umrah pada bulan Mac lalu, dia berdoa di depan kaabah untuk dikurniakan seorang anak lelaki.
Saya memang nak anak lelaki. Saya doa depan kaabah, ‘Ya Allah, saya nak anak lelaki. Kau kurniakanlah aku anak yang sihat dan anak lelaki.’
Saya memang suka beranak. Saya pergi first appoinment baby check up pada bulan April.. nampak la katung. Hari ini saya dah teruja pakai cantik-cantik nak ambil darah.
Saya pergi hospital baby tak ada heartbeat. Tapi saya tak ada bleeding (pendarahan). Doktor panggil silent miscarriage.
Tipu la saya tak sedih. Tak ada rezeki saya.
Cuba tahun depan
Ditanya mengenai respon Daily Doseof Liu, Sasha bersyukur dikurniakan suami yang berfikiran positif.
Suami saya cakap saya kena bersyukur sebab dah ada dua orang anak. Dia cakap boleh cuba lagi.
Dalam pada itu, Sasha berkata dia reda dengan ketentuan yang ditetapkan Allah SWT.
Sekadar info, Sasha mendirikan rumah tangga bersama Daily Doseof Liu yang dipercayai berasal dari Australia. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Isabella Liu dan Rose Liu.
Sumber: TikTok