berita

‘Saya Ada Bukti’ – Dituduh Memfitnah, Wanita ‘Ditikam’ Rakan Baik Bawa Kes Ke Mahkamah

January 9th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Baru-baru ini, media sosial kecoh dengan kontroversi membabitkan kisah seorang wanita yang dikatakan telah ditikam rakan baiknya sendiri apabila individu terbabit didakwa telah mengahwini suaminya secara rahsia di Thailand. Ekoran daripada pendedahan itu, individu tersebut yang dikenali sebagai Yaya membuka mulut dan menafikan bahawa dirinya telah berkahwin seperti yang didakwa sambil menyatakan bahawa ia adalah fitnah.

Tidak hanya berdiam diri terhadap penafian yang dibuat Yaya itu, wanita yang membuat pendedahan tersebut iaitu Hanna tampil mempertahankan tindakannya dan menjelaskan perkara sebenar.

Hati luluh

Menerusi laporan Harian Metro, Hanna berkata dakwaan yang dibuat terhadap rakan baiknya itu bukanlah satu fitnah dan bertujuan untuk memburukkan mana-mana pihak.

Bahkan katanya, dia mempunyai bukti bahawa wanita tersebut mempunyai hubungan istimewa bersama suaminya selama ini.

Saya mengetahui hubungan mereka pada November tahun lalu dan luluh hati saya apabila ditikam insan yang dianggap seperti adik dan suami sendiri.

Menurut Hanna, sebelum dirinya bertindak memuat naik status tersebut, dia telah memikirkannya dengan teliti dan sedalam-dalamnya. Katanya, pededahan itu dibuat bagi memberi pengajaran kepada wanita lain supaya tidak menjadi mangsa sepertinya.

Saya tahu apa yang saya buat. Sebelum saya memuat naik status itu, saya sudah fikir sedalam-dalamnya dan mendedahkan ia kerana mahu orang tahu hal sebenar.

Fail penceraian terhadap suami

Hanna dalam pada itu berkata dia akan membawa bukti yang ada pada dirinya itu ke mahkamah selepas ini bagi menunjukkan bahawa dirinya berada di pihak yang benar.

Saya tidak mahu ulas panjang kerana saya ada bukti dan akan panjangkan isu ini (bawa ke mahkamah) kerana dia menuduh saya memfitnahnya.

Selain itu saya mahu membuktikan saya di pihak benar.

Bercerita tentang hubungannya bersama suami selepas daripada kemelut itu, Hanna berkata dia sudah memfailkan pencerain ke atas suaminya dan telah melantik peguam.

Apa yang memilukan, wanita berusia 34 tahun ini berkata hatinya sudah mulai tawar malah hubungan di antara dirinya bersama suami juga dingin lebih-lebih lagi selepas pendedahan yang dibuat olehnya itu.

Sumber: Harian Metro, Facebook Hanna Baa

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×