Bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Red akhirnya memberikan kenyataan selepas sah bercerai talak satu pada Selasa.
Artikel Berkaitan: Adira Suhaimi Respon Kini Pikul Status Ibu Tunggal – ‘Nak Tak Nak, Kena Harungi Juga’
Artikel Berkaitan: Adira Suhaimi Tidak Mahu Tuntut Nafkah Atas Kehendak Sendiri – ‘Saya Tak Nak Susahkan Datuk Red, Dia Tengah Down’
Mahu bangkit
Menerusi hantaran di TikTok, Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu, 45, berkata dia akan bangkit semula demi meneruskan kehidupan selepas diuji dengan pelbagai ujian.
Saya akan bangkit semula, doakan saya.
Dalam perkongsian sama, Datuk Red menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus memberikan kata-kata semangat untuknya.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang berikan kata-kata semangat untuk saya. Saya tidak akan mengalah.
Sementara itu, Datuk Red turut memuat naik foto memperlihatkan dia sedang duduk di atas kerusi sambil termenung ketika berada di luar mahkamah.
Terdahulu, Datuk Red yang ditemui sejurus selesai proses lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Rawang enggan memberi kenyataan kepada pengamal media.
Bapa kepada 11 cahaya mata itu kelihatan sugul dan hanya mengukir senyuman di bibir sebelum pergi meninggalkan perkarangan mahkamah.
Pada Selasa lalu, Adira dan Datuk Red sah bercerai talak satu selepas lafaz talak dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar sekitar pukul 9.45 pagi.
Sementara itu, Datuk Red ketika prosiding sedang dibacakan kelihatan tunduk sayu manakala Adira hanya kelihatan tenang.
Dalam masa sama, Adira juga bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah terhadap Datuk Red.
Terdahulu, Adira memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu pada 25 Oktober 2023.
Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 2.
Sumber: TikTok