Baru-baru ini atlet wanita papan selaju negara, Fatin Syahirah Roszizi dihentam teruk netizen apabila persembahannya kurang memuaskan dalam acara itu di Sukan Asia Palembang. Tindakan atlet ini memadam semua foto di laman Instagram dan memohon maaf telah mendapat perhatian penyanyi Yuna Zarai dan skater profesional Tony Hawk.
Artikel berkaitan: Teruk Dihentam Netizen, Skater Pro Tony Hawk Nyatakan Sokongan Untuk Fatin Syahirah
Ternyata kecaman yang di terima Fatin Syahirah membuatkan dia lebih bersemangat dan akan tetap untuk teruskan perjuangan dalam sukan ini. Inilah semangat wirawati yang kita mahukan!
Semua tohmahan tidak tepat
Iya, saya akan teruskan karier dalam sukan ini, memang pada awalnya semangat saya sedikit luntur tetapi berkat sokongan daripada keluarga, jurulatih dan penaja Skate4mation dan rakan papan selaju dari setiap negara Fatin akan buktikan yang terbaik selepas ini.
Buat masa ini, Fatin hanya akan kembali ke sekolah dan menumpukan perhatian terhadap pembelajaran dengan latihan tetap akan diteruskan pada setiap hujung minggu.
Menurut Berita Harian, atlet papan selaju negara ini akan bangkit dan menutup tohmahan netizen yang mendakwa Fatin Syahirah menggunakan ‘kabel’ untuk melayakkan dirinya mewakili Malaysia.
Fatin sudah menanam janji untuk membuktikan semua tohmahan terutama diserap menggunakan ‘orang dalam’ itu sebagai tidak tepat.
Alami kecederaan ligamen
Mestilah gembira bila dapat tahu ramai yang menyatakan sokongan kepada saya. Fatin percaya mereka pun pernah melalui situasi sama dan itulah yang membuatkan mereka menjadi lebih kuat.
Atlet ini meluahkan rasa gembira apabila mendapat kata-kata sokongan dari Tony Hawk dan penyanyi Yuna Zarai di Instagram miliknya. Bagaimanapun, dia mengakui agak gementar beraksi di Sukan Asia 2018 ini.
Fatin Syahirah juga mengalami kecederaan ligamen pada buku lali kiri sebulan sebelum bermulanya aksi itu. Ini juga adalah salah satu sebab dia hilang fokus dan gagal memberi aksi yang memukau.
Sumber: Berita Harian