berita

‘Saya Akan Bunuh Kalau Saya Mahu’ – Lelaki Zalim Gantung Anjing Cetus Kemarahan

May 7th, 2020 | by faris
Kini Trending

Seperti manusia, haiwan juga wajib dilayan dengan penuh kasih sayang, namun ada juga segelintir yang tidak berperikemanusiaan menyeksa makhluk berkenaan sesuka hati. Satu video viral di laman sosial merakam tindakan kejam seorang lelaki terhadap seekor anjing mencetuskan kemarahan netizen beberapa hari lalu.

Dirakam laku tindakan kejam tepi jalan

Lelaki 35 tahun itu dirakam berada di tepi jalan dengan seorang penunggang motosikal sebelum perakam video memberhentikan keretanya untuk melihat apa yang terjadi. Kejadian berkenaan dipercayai berlaku di Sungai Sedu, Banting, Selangor.

Kelihatan seekor anjing digantung lehernya pada sebatang pokok sambil terkial-kial melepaskan diri ekoran kekurangan udara untuk bernafas.

Setelah disoal seorang lagi lelaki separuh usia yang memberhentikan keretanya, lelaki terbabit cuba mempertahankan tindakannya atas alasan anjing berkenaan adalah peliharaan sendiri.

Awak orang kerajaan ke? Saya yang besarkan anjing ini, dan saya boleh berbuat apa sahaja yang saya mahu. Saya akan bunuhnya kalau saya mahu. Kalau awak orang kerajaan pun, saya tak peduli. Saya tak takut.

Tidak lama kemudian, anjing tersebut dilepaskan dari gantungan. Haiwan itu kelihatan tercungap-cungap mendapatkan udara namun tidak menunjukkan reaksi cedera.

Menurut portal Free Malaysia Today, Jabatan Perkhidmatan Veterinar merampas anjing dan tali pengikatnya pada jam 11.30 pagi tadi. Tindakan dijangka akan dilakukan terhadap pelaku terbabit selepas siasatan dijalankan.

Sumber: mndfckb, Free Malaysia Today

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×