Pempengaruh media sosial Ubai MZ menyatakan dirinya akan terus berada di sisi isteri tercinta, penyanyi Shila Amzah.
Artikel Berkaitan: ‘Kau Dayus Pukul Aku & Kakak, Nafkah Anak Tertunggak, Jantan Takda Telur’ – Bekas Isteri ‘Londehkan’ Amir Shafiq
Artikel Berkaitan: ‘Kau Jangan Cuba Lempang Isteri Aku Lagi’ – Ubai MZ ‘Warning’ Adik Lelaki Shila Amzah
Di sisi Shila
Ubai ketika dihubungi OhBulan! berkata, walau apa jua keadaan dan ujian yang menimpa isterinya, dia akan sentiasa memberikan sokongan.
Ujian yang datang pada kami ini perlu dihadapi dan saya akan sentiasa berada di sisi Shila.
Saya akan memberi sokongan pada dia walau apa jua yang berlaku. Semua ujian yang datang kami akan hadap sama-sama.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai persiapan minggu pertama program Famili Duo 3, Ubai menjawab dia yakin Shila dan adiknya, Shahir dapat membuat persembahan yang terbaik.
Shila dan Shahir perlu teruskan perjuangan mereka dalam Famili Duo. Harap mereka dapat berikan yang terbaik.
Saya akan datang setiap minggu untuk beri sokongan pada mereka. Itu adalah sebahagian dari kerja yang perlu dilunaskan.
Sejak kelmarin, kecoh di laman sosial mengenai perbalahan antara adik beradik Shila selepas adiknya yang juga penyanyi Syada Amzah mendakwa ada seorang individu tidak dikenali tiba-tiba datang ke rumahnya untuk melihat kediaman tersebut.
Syada mendakwa mereka sekeluarga seperti dihalau daripada rumah sendiri sehingga menyifatkan dirinya sebagai haiwan jalanan.
Bagaiamanpun, Shila menjelaskan tujuan dia mahu menjual banglo tersebut kerana ingin membelikan sebuah kondo baharu buat keluaraganya. Namun kenyataan penyanyi berusia 33 tahun itu diselar dan dinafikan oleh Shafiq serta Syada.