berita

[VIDEO] Zizan Razak Tepis Dakwaan Tak Boleh Bekerja Dengan Mira Filzah – ‘Saya Okay Saja’

October 4th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Zizan Razak

Pelakon dan pelawak Zizan Razak menepis dakwaan yang mengatakan dia tidak boleh bekerjasama dengan aktres Mira Filzah.

Artikel Berkaitan: Zizan Razak Mahu Bakal Isteri Terima Diri Seadanya, Bukan Sebagai Pelawak

Artikel Berkaitan: Emma Maembong & Suami ‘Support’ Filem Zizan Razak

‘Tidak benar’

Zizan Razak

Ketika ditemui OhBulan!, Zizan berkata dakwaan tersebut adalah tidak benar dan akui dirinya dengan Mira masih berkawan.

Tidak benar (dakwaan). Saya langsung tidak pernah meletakkan sebarang syarat untuk bekerja dengan sesiapa pun selagi selesa. Tapi kalau tidak selesa dengan seseorang itu, mungkin ada syarat yang saya letakkan.

Contohnya, sesetengah pelakon ada buat perangai di set penggambaran, jadi buat saya tidak selesa.

Zizan berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media drama Super Wira yang berlangsung di TGV Pavilion Bukit Jalil, pada Selesa.

Dalam pada itu, menurut pemilik nama lengkap Mohd Razizan Abdul Razak, berkemungkinan dakwaan tersebut timbul kerana peminat sudah lama tidak nampak mereka bergandingan dalam mana-mana naskhah.

Saya pun tidak pasti kenapa timbul dakwaan sebegitu. Kami sudah lama tidak bekerjasama. Sehingga mungkin orang berfikir sedemikian.

Kali terakhir kami berlakon dalam filem Jula Juli Bintang Cinta, sebelum Covid-19.

Dalam pada itu, disoal adakah sudi untuk bekerjasama lagi dengan Mira, Zizan menjawab dia terbuka dan tiada sebarang masalah.

Saya okay sahaja, tiada masalah pun untuk bekerjasama dengan Mira. Sebab itu kerjaya. Apa yang saya buat dalam industri ini semua untuk peminat saya. Kalau orang suka saya akan buat.

Macam drama Super Wira ni pun, saya baru tahu Mira berlakon sekali dalam cerita ini selepas saya belek-belek skrip.

Tapi saya tidak berjumpa dengan dia langsung dekat set, sebab scene kami berlainan. Reaksi saya tiada apa pun, sebab kami berdua sudah lama tidak bekerjasama.

SKIP THIS AD ×