Pengacara Jihan Muse tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Azmi Saat susulan guraun mempersendakan nama bapa penyanyi itu dan fizikalnya sewaktu siaran langsung konsert minggu keempat program All Stars Gegar Vaganza, Ahad lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Cuma Kita Kena Belajar Juga, Gurauan Macam Itu Agak Sensitif Di Mata Masyarakat’ – Azmi Saat
Mohon maaf pada Azmi Saat
Menerusi perkongsian di Instagram, Jihan berkata dia tidak berniat untuk bergurau kasar mahupun menghina fizikal Azmi. Bagaimanapun, dia mengakui ia adalah kesilapan diri yang tidak sensitif.
Mengenai isu segmen bersama Azmi Saat tempoh hari, saya telah berhubung dan memohon maaf secara peribadi dengan dia pada hari Isnin.
Tiadalah saya berniat untuk mempermainkan nama dan menghina seperti yang diperkatakan.
Namun saya akui ia adalah kesilapan dari saya sendiri kerana tidak peka dan sensitif. Begitu juga dengan guraun yang tidak bersesuian yang telah dibuat. Ia tidak patut berlaku pada sesiapa pun.
Dalam perkongsian yang sama, Jihan berkata dia akan menjadikan insiden tersebut sebagai pengajaran untuk dirinya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi pada masa akan datang.
Bagaimanapun ini adalah pengajaran buat saya untuk lebih peka dan berhati-hati. Saya terima segala teguran.
Segala yang buruk dari kekhilafan saya sendiri. Diharap perkara seperti ini tidak berulang lagi, baik dari saya atau sesiapa sahaja. Ia bukan perkara yang boleh dinormalisasikan.
Terdahulu, Jihan dikatakan telah menyindir fizikal Azmi dan mempersendakan nama bapa vokalis Caliph Busker itu sewaktu program All Star Gegar Vaganza sedang bersiaran secara langsung.
Bagaimanapun, Azmi ketika ditemu bual pengamal media semalam berkata dia tidak tersinggung mahupun terasa hati dengan guruan pengacara berusia 40 tahun itu.
Sumber: Instagram