berita

‘Saya Atas Bukit Ni, Rumah Tiada Line’ – Kegigihan Pelajar Panjat Bukit Sebab Nak Hantar Homework Dipuji

October 13th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Peningkatan kes positif Covid-19 di Sabah meninggalkan kesan buat pelajar-pelajar dan guru khususnya pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman. Penutupan beberapa buah sekolah juga mendorong pelajar-pelajar ini menjalani sesi pembelajaran secara dalam talian. Sudah tentu memerlukan capaian internet yang tinggi untuk berkomunikasi dengan guru masing-masing.

Di Facebook, seorang guru iaitu Jackson Voo yang berkhidmat di salah sebuah sekolah di Sabah berkongsikan ‘screen shot’ paparan Whatsapp bersama pelajarnya. Disini, anda boleh lihat kegigihan seorang pelajar untuk menimba ilmu walau dimanapun mereka berada. Salute!

Gambar kerja sekolah tak jelas

Difahamkan, pada awalnya pelajar tersebut diminta untuk menghantar kerja sekolahnya dengan menangkap gambar. Komunikasi tersebut dibuat melalui aplikasi Whatsapp di antara pelajar dan guru. Foto yang dihantar pelajar itu dalam keadaan kurang jelas dengan berlatarkan tanah.

Terpaksa naik bukit

Guru meminta muridnya itu untuk mengambil gambar kerja sekolah sekali lagi kerana gambar pertama yang diambil kurang jelas. Guru menyuruh pelajar tadi untuk meletakkan kerja sekolah di atas meja, kemudian mengambil gambar supaya kelihatan lebih jelas kerja sekolah tadi.

Apa yang dijawab pelajar ini, menyedihkan… Dia tidak dapat mengambil gambar kerja sekolah dengan lebih jelas sepertimana di suruh gurunya kerana dia berada di atas kawasan bukit. Difahamkan, pelajar ini sanggup naik berada di atas bukit bagi mendapatkan capaian internet yang tinggi.

Usaha untuk belajar

Tiada alasan untuk pelajar-pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman tidak menimba ilmu. Bukan itu sahaja, segala jadual pembelajaran dalam talian juga turut dikongsikan guru melalui Whatsapp kepada pelajar mereka.

Sumber: Jackson Voo

SKIP THIS AD ×