Sebelum ini, tular di media sosial mengenai pelakon, penyanyi dan pengacara Izzue Islam seakan-akan memberi bayangan ahli keluarganya bakal bertambah di mana dia memuat naik satu hantaran di Instagram berserta kapsyen #roadtobertiga.
Artikel Berkaitan: ‘Saya & Isteri Jadikan Pandemik Covid-19 Sebagai Pengajaran’ – Izzue Islam Dedah Tak Suka Bermewah
Tidak mahu tertekan
Terbaharu, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan menjelaskan bahawa kapsyen tersebut hanyalah untuk memberi semangat serta azam untuk tahun 2024 buat dirinya dan isteri, Awin Nurin.
Memetik laporan Harian Metro, pelakon berusia 33 tahun itu enggan meletakkan harapan tinggi dan tidak mahu berasa tertekan untuk mendapatkan anak.
Belum ada rezeki untuk timang cahaya mata. Insya-Allah masa itu akan tiba, tapi tak tahu bila kerana hanya Tuhan yang lebih mengetahui.
Walaupun sejak berkahwin saya sentiasa berdoa dan berazam untuk memiliki zuriat, tapi saya enggan letakkan harapan tinggi atau tertekan untuk mendapat anak.
Cuma tipulah kalau tak teringin nak ada anak. Setiap hari saya berdoa agar diberikan kesempatan ini.
Walaupun perkahwinannya sudah hampir 10 tahun, namun dia dan isteri tidak pernah berputus asa untuk menunggu kehadiran cahaya mata.
Malah, mereka juga sudah pergi membuat pemeriksaan kesihatan dan tiada mempunyai sebarang masalah.
Jalan terbaik adalah menunggu waktu yang tepat. Lagipun saya dan Awin tiada sebarang masalah kesihatan.
Doktor beritahu kami berdua berada dalam keadaan baik, cuma belum ada rezeki saja.
Sekadar info, Izzue mendirikan rumah tangga bersama Awin yang merupakan pengurusnya pada 2 Jun 2013.
Sumber: Harian Metro