
Pelakon Amir Ahnaf mendedahkan adiknya, Aleef Ahnaf cenderung untuk menceburi bidang industri seni namun terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amir Ahnaf Bincang Dulu Sebelum Buat Babak Bersentuhan, Hormat Pasangan Gandingan Sudah Kahwin
Artikel Berkaitan: Peminat Rayu Amir Ahnaf Jangan Cepat Kahwin – ‘Mental Aku Belum Kuat’
Bantu bakat adik

Ketika ditemui OhBulan!, Amir memaklumkan bahawa dia lebih menggalakkan adiknya menceburi bidang nyanyian memandangkan bakat yang dimiliki disifatkan mempunyai potensi besar dalam bidang tersebut.
Dalam pada itu, Amir atau nama penuhnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 26, turut berkongsi hasratnya untuk membuka syarikat produksi muzik sendiri bagi kesenangan keluarga.
Kami cuba juga teroka bakat lain. Adik saya pandai menyanyi.
Jadi dalam tempoh lima tahun ini, saya tengah usaha bina syarikat produksi muzik sendiri supaya saya boleh hasilkan muzik untuk adik-adik saya.
Amir berkata demikian ketika ditemui pada majlis Majlis Rumah Terbuka Tarung, yang berlangsung di Banglo 289, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Berkongsi lanjut, pelakon filem Kahar: Kapla High Council itu menegaskan bahawa dia tidak pernah menghalang minat adiknya sebaliknya hanya berperanan membantu membuka mata tentang realiti sebenar dunia seni.
Saya bagi tamparan realiti dekat adik saya. Industri hiburan ini memang susah. Tambah pula kalau wajah sama dengan saya. Memang lagi mencabar.
Adik saya memang berminat nak jadi pelakon. Cumanya, saya dah pesan awal-awal yang menyanyi itu susah tetapi berlakon lagi susah.
Tapi saya tak halang mereka nak cuba casting atau menceburi bidang seni. Nak buat modelling atau apa pun, saya okay saja.








