berita

‘Saya Bangga Dengan Anda’ – Kekasih Titip Kata Semangat Untuk Sakinah

March 19th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Pelakon Sharifah Sakinah mendedahkan dirinya mengalami masalah kebimbangan dan kemurungan yang sangat teruk di sebuah rancangan wawancara Hard2Heart bersama pengacara terkenal iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi. Dia juga merancang untuk meninggalkan Malaysia buat sementara waktu.

Artikel berkaitan: Alami Kemurungan, Kerisauan Melampau, Sharifah Sakinah Bakal Tinggalkan Malaysia?

Susulan itu, tunangnya iaitu Michael Hansen bersama penerbit drama Michael Ang dan Datuk Aznil turut memberi kata-kata semangat buat pelakon Aku Yang Kau Gelar Isteri itu.

‘Tidak semua orang memahami’

Michael Hansen berkongsi posting dengan kapsyen berbentuk kata semangat buat Sharifah Sakinah. Dia menyifatkan pelakon wanita itu seorang berani dan kuat dalam menghadapi setiap kritikan dan kecaman yang diterimannya.

Saya tidak fikir semua orang akan memahami akan keberanian yang diperlukan dalam apa jua yang dilakukan oleh awak. Saya tahu apa yang awak lalui dan saya lihat awak menerima setiap kritikan dan komen hampir setiap hari.

Saya bangga dengan awak dan kekuatan awak. Tidak semua orang yang mampu mengawal dan hadapi sepertimana awak lakukan. Saya akan sentiasa menyokong awak.

‘Ini bukan main-main’

Sementara itu, pengacara rancangan tersebut iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi menerusi posting di Instagram turut menasihati orang ramai untuk menyedarkan mereka bahawa penyakit tersebut bukan sesuatu yang boleh diambil mudah. Pak Nil turut berharap agar netizen tidak menambah tekanan dengan memberi kritikan negatif kepada Sharifah Sakinah.

Ya Allah Kau Lindungilah anak ku ini. Ini bukan main-main. Kita kalau tak boleh tolong, diharap jangan tambah tekanan pada anak ku ini @sharifah_sakinah. Kita tak tau penyakit yang dia lalui. Kita rasa dia attention seeker sesuka hati.

‘Dah lama simpan rahsia’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Begitu juga penerbit drama terkenal, Michael Ang di mana selama ini sudah mengetahui perkara tersebut akan masalah yang dihadapi rakannya itu. Dia turut mendoakan agar Sakinah dapat kembali dan kuat seperti sebelum ini.

Salam semua. Dah lama aku simpan rahsia! So today you all boleh dengar dari mulut dia sendiri and siapa-siapa rasa bersalah tu pergi la minta maaf. Sebagai kawan @sharifah_sakinah aku faham perasaan dia dan apa dia lalui, stay strong girl! You will pull through. Anyway Kinah, I wish u all the best over there and hopefully you will come back!

Sumber: Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Michael Hansen

SKIP THIS AD ×