Semua sedia maklum, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Maimunah Iskandariah sememangnya gemar memakai baju kurung setiap hari, lebih lebih lagi baju kurung Johor. Sehinggakan pemakaian baginda menjadi ikutan gadis-gadis Melayu di luar sana. Memang cantik!
Artikel Berkaitan : ‘Jangan Sebab Nak Bisnes, You Lancang Bersuara’ – Catriona Rose ‘Sound’ Pereka Fesyen Belanda
Terbaru, menerusi Instagram Tunku Azizah, baginda memberi respon terhadap satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pereka fesyen terkenal, Lisette Scheers yang mendakwa busana yang dibanggakan oleh rakyat Malaysia itu sudah dilupakan.
‘Saya memang pakai baju kurung..’
Menurut Tunku Azizah, baginda bertitah mengakui suka memakai baju kurung setiap hari. Baginda juga sangat bangga memakai pakaian tradisional masyarakat kita.
Saya memang pakai baju kurung setiap hari ….. baju kurung johor… and i am proud of my baju kurung jahit tangan. Baju kurung teluk belanga. Yes i totally agree, be traditional and proud of it!
Rata-rata netizen menyokong kenyataan baginda yang menyifatkan apa yang diperkatakan Tunku Azizah sangat benar. Malah di ruangan komen memberitahu bahawa mereka juga memakai baju kurung setiap hari. Tak kurang juga meminta Permaisuri Agong mewajibkan pemakaian baju kurung seminggu sekali.
Respon netizen
Walau bagaimanapun, pereka fesyen tersebut sudah tampil membuat permohonan maaf dan akui kenyataannya memberikan kefahaman berbeza untuk semua. Malah dia turut akui cintakan Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai sumber inspirasinya.
Sumber : airtangan_tunkuazizah