Ketiadaan Nabil di set Meletop baru-baru ini membuka peluang kepada penyampai radio, Jaa Suzuran yang digandingkan bersama Neelofa pada episod terbaru program itu selasa lalu. Malangnya penampilannya Jaa kali ini mengundang rasa kurang senang dalam kalangan penonton setia program itu. Dakwa netizen, Jaa kelihatan terlalu ‘try hard’!
Artikel berkaitan: Try Too Hard, Tak Relax, Over & Bosan – Netizen Meluat Lihat Pengacaraan Jaa Di Meletop?
Jaa bagaimanapun tidak cepat melatah dan menganggap kritikan netizen sebagai pembakar semangat untuk dirinya memperbaiki kelemahan sebelum ini. Ini respon Jaa ketika ditemuramah portal mStar.
Ini adalah satu peluang
Saya sudah jangka akan dikecam kerana Meletop satu program besar dan digandingkan pula dengan Neelofa sudah tentu saya rasa gementar. Diberi peluang menggantikan Nabil Ahmad pada minggu ini adalah satu peluang besar bagi saya sebagai orang baru.
Jaa Suzuran mengakui dirinya masih baru dalam bidang hiburan tempatan dan perlu melalui proses pembelajaran terutamanya pengacaraan apatah lagi digandingkan dengan Neelofa dalam satu program yang cukup terkenal ini.
‘Saya bawa dengan cara saya’
Jaa turut menerima kritikan netizen yang menganggap pengacaraan dia berlebih-lebihan dan menjengkelkan.
Saya bawa cara saya pada malam itu, kalau mereka kata saya over kat mana yang over itu? Mereka tidak kenal saya. Tapi tidak mengapa, saya ambil semua komen itu sebagai sesuatu yang membina untuk saya perbaiki pada masa akan datang. Mungkin saya terbawa-bawa cara penyampaian di radio ke program televisyen membuatkan orang menyangka saya berlebih-lebihan.
Malah, dia berterima kasih kepada netizen yang memberi kritikan terhadap cara pengacaraannya. Dia menganggap peluang yang diberikan untuk menjadi pengacara undangan program popular itu sebagai satu pencapaian baharu dalam kerjaya seni.
Credit: mStar