berita

‘Saya Belajar & Mengajar Agama’ – Bekas Isteri Da’i Farhan Jadi Mangsa ‘Scammer’

August 2nd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, Fatin Nurul Ain memberitahu bahawa tiada sebarang perbincangan dilakukan bersama bekas suaminya iaitu Da’i Farhan untuk mereka kembali bersama. Tambahnya, dia hanya bergantung sepenuhnya kepada keluarga sejak mereka bercerai.

Sumber berkaitan: ‘Tiada Apa-Apa Perbincangan & Syarat Untuk Rujuk Kembali’- Bekas Isteri Pertama Da’i Farhan

Terbaru, Fatin didakwa menjadi mangsa ‘scammer’ apabila terdapat individu yang tidak bertanggungjawab telah menyamar dan menggunakan fotonya untuk sebuah aplikasi mencari pasangan.

Takutlah pada Allah

Saya belajar agama dan saya mengajar agama. Takut lah pada Allah. Untuk makluman saya hanya aktif dua Akaun ini sahaja. Instagram, fnamad dan Facebook iaitu fnama Fatin. Akaun lain seperti michat , mewe atau yang lain memang tiada. Saya mohon selain dari Akaun ni tolong report dan spam, kerana Akaun ni menyamar jadi saya. Terima kasih atas aduan-aduan, hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.“Scammer unsur lucah”.

Dengan status baru saya, saya tampil diri pertahankan maruah diri saya dari fitnah ni , memang sangat besar. Melibatkan nama baik dan keluarga saya. Sejauh mana untuk menilai seseorang? Adakah melalui penampilan? atau melalui penulisan mesej? Jangan mudah terpengaruh dan mempercayai. nilailah dengan mata hati. Semoga Allah memandu hati untuk terus bertakwa padaNya. Saya doakan agar kita semua dijauhkan dari fitnah yg besar ini dan diberikan kekuatan untuk menentang sebarang penipuan dan kezaliman ke atas orang lain.

Menurut Fatin, dia tidak mempunyai sebarang akaun media sosial mahupun mana-mana aplikasi selain Instagram dan Facebook. Demi mempertahankan maruah dan difitnah, Fatin menegaskan bahawa akaun ‘Michat’ yang mempunyai fotonya itu bukan akaun miliknya. Jelasnya lagi, akaun tersebut dibuat oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Diberi balasan setimpal

Rata-rata netizen berharap Fatin bertabah dengan ujian yang melanda. Mereka juga berharap individu yang tidak bertanggungjawab itu berjaya dikesan.

Sumber: Fnama Fatin

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×