Semua sedia maklum baru-baru ini Fida atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim, 26 telah diserang oleh seorang wanita yang mengaku sebagai teman wanita Zalif Sidek dan berikutan insiden tersebut, Fida dikatakan telah mula menjauhkan diri serta enggan membalas BBM (mesej BlackBerry) yang dihantar oleh pelakon lelaki tersebut.
Berhubung isu itu, pihak OHBULAN! telah mendapatkan Zalif dan bertanyakan lebih lanjut mengenai status terkini hubungannya dengan Fida.
Adakah mereka masih berkawan ataupun sudah membawa haluan masing-masing?
“Status saya dengan Fida masih lagi berkawan baik seperti mana saya berkawan dengan orang lain. Walaupun saya tahu sekarang ini dia banyak berdiam diri, tetapi saya tetap akan tegur dia kalau kami terserempak di mana-mana majlis.”
“Saya tidak akan bermusuh dengan dia. Saya akui setiap orang mempunyai kesilapan dan kami pun masing-masing ada buat salah.”
“Mungkin kami baru sahaja berkawan, jadi saya belum sempat nak berterus terang dekat dia semua perkara yang pernah saya lalui sebelum ini. Dengan siapa saya berkawan dan dengan siapa saya pernah rapat, semua itu saya belum sempat nak kongsi sebab masing-masing sibuk bekerja.”
“Mungkin ini adalah pengajaran buat saya untuk tidak terlalu terbuka menceritakan kepada umum mengenai hubungan rapat kami.”
Memandangkan Zalif turut menyaksikan perlawanan Harimau Malaya menentang Thailand semalam, jadi pihak OHBULAN! sempat bertanyakan pandangan Zalif mengenai perlawanan tersebut.
“Mungkin malam ini kita kalah disebabkan oleh pengadil yang memang berat sebelah ataupun dia memang tak pandai nak jadi pengadil.
“Saya boleh lihat usaha yang ada pada pasukan Harimau Malaya dan apa-apa pun saya tetap akan sokong pasukan Malaysia sampai bila-bila,” ujar Zalif sambil tersenyum.