berita

‘Saya Berada Di Tempat Yang Salah’ – ADUN Nafi Positif Dadah, Tidak Direman Polis

January 13th, 2020 | by Amat
Isu & Kontroversi

Penahanan seorang ahli politik yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil iaitu Adhif Syan Abdullah mencetuskan kontroversi didakwa positif dadah. ADUN Selangor bersama empat orang ahli politik yang lain ditahan pihak polis dipercayai terlibat dalam satu parti di salah sebuah kondominium di Puchong.

Saya berada di tempat yang salah

Bagaimanapun, ADUN Dengkil itu menafikan dakwaan mengenai positif seperti mana yang dilaporkan media. Menurut laporan BH Online, Adhif Syan hadir ke kondominium tersebut bagi menghadiri perbincangan dan sama sekali tidak melakukan sebarang kesalahan undang-undang.

Saya berada di tempat yang salah dan pada masa yang salah. Saya tidak boleh memberikan sebarang komen terhadap isu ini kerana ia sedang disiasat malah dinasihati tidak berbuat demikian.

Namun saya boleh katakan, saya berada di tempat yang salah pada masa yang salah, malah saya tegaskan bahawa saya berada di pihak yang benar.

Ada pihak lain cuba memainkan isu ini

Malah, dia langsung tidak terasa tertekan kerana mempercayai bahawa dia berada di pihak yang benar. Dia juga hairan terhadap penyebaran isu ini yang terlalu cepat sedangkan ini hanya laporan awal.

Saya musykil bagaimana laporan itu boleh disebarkan kerana itu hanyalah laporan awal sahaja. Saya juga tidak tahu adakah ada pihak lain yang cuba memainkan isu ini.

Selepas membantu siasatan, saya kembali ke rumah dan tidur seperti biasa dan hanya mengetahui kekecohan di laman sosial apabila bangun pagi tadi.

Ketika ini pun saya tidak tertekan dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan dan akan seperti biasa meneruskan kerja dan tanggungjawab kepada rakyat sebagai ADUN.

Apa yang diterima oleh ramai hanyalah laporan awal tetapi ia tidak seperti yang digambarkan. Saya bekerjasama dengan baik dengan pihak polis malah pulang lambat semalam kerana membantu siasatan rakan-rakan.

Sumber: BH Online

SKIP THIS AD ×