berita

‘Saya Beranikan Diri Luahkan Perasaan’ – Jarak Umur 26 Tahun Tak Halang Muhammad Danial Pikat Cikgu Sendiri

May 5th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Meskipun mempunyai jarak umur sebanyak 26 tahun, itu tidak menghalang Muhammad Daniel, 22, untuk memikat serta menyulam cinta dengan cikgunya sendiri, Jamilah Mohd, 48.

Artikel Berkaitan: Beza Umur 33 Tahun, Jodoh Pelajar Kahwin Dengan Cikgu Sendiri – ‘Perancangan Allah Yang Terbaik’

Sudah berumah tangga

 

Memetik laporan Harian Metro, Danial yang kini sah menjadi suami kepada Jamilah mendedahkan bahawa dia sama sekali tidak menyangka dapat memikat Jamilah yang merupakan guru Bahasa Melayu ketika di tingkatan tiga pada tahun 2016.

Danial yang begitu senang dengan keperibadian Jamilah mengakui hubungan mereka ketika itu tidak lebih daripada seorang murid dan juga guru yang sama sekali tidak mempunyai perasaan terhadap satu sama lain.

Saya anggap dia (isteri) sebagai cikgu saja walaupun menyenangi sikapnya yang penyayang dan rapat dengan pelajar tidak kira daripada kelas depan mahupun belakang.

Setahun juga isteri mengajar kelas saya namun kami terputus hubungan selepas saya masuk ke tingkatan empat.

Kami ada terserempak di bilik guru dan saya ada menyapanya dan bertanya khabar tetapi setakat itu saja.

Danial kemudiannya mula nekad untuk mengenali hati budi Jamilah selepas isterinya yang guru ketika itu menghantar kiriman ucapan ulang tahun di aplikasi WhatsApp ketika dirinya di tingkatan lima.

Sejak itu, kami jadi rapat dan timbul perasaan sayang hingga saya berasa untuk cuba dekat dengannya.

Pada satu hari, saya beranikan diri untuk luahkan perasaan namun isteri tolak dengan alasan faktor dan statusnya sebagai guru.

Akan tetapi, saya enggan berputus asa dan cuba cari jalan dengan menghubungi dan menghantar kiriman WhatsApp hingga pada satu hari, dia tidak mengangkat panggilan serta membalas mesej saya.

Tindakannya yang mendiamkan diri itu membuatkan saya nekad ke kawasan perumahannya walaupun tidak tahu lokasi yang tepat dan ditakdirkan saya jumpa rumahnya kemudian terus datang serta berterus terang dengannya.

Namun begitu, difahamkan Jamilah masih menolak untuk menjalinkan hubungan serius dengannya kerana tidak yakin sejauh mana ia akan bertahan namun, sikap tidak berputus asa ditunjukkan Danial menjadi faktor kepada pernikahan mereka pada tahun 2021.

Saya tak mengalah dan cuba memujuknya hingga dia lembut dan terima saya.

Sejak awal lagi, saya sudah berterus terang dengan keluarga dan Alhamdulillah, kedua belah pihak beri restu serta tidak menghalang.

Berkat restu mereka, kami sepakat untuk berkahwin dan perancangan awalnya (kahwin) pada 2019 kemudian 2020 tetapi disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) maka tarikh pernikahan ditangguhkan ke 25 November 2021.

Kami nikah di Masjid Jamek Bandar Kota Tinggi dan ada buat majlis persandingan cuma kecil-kecilan saja dengan menjemput keluarga serta kenalan terdekat.

Suka dengan kesungguhan suami

 

Dalam pada itu, Jamilah mendedahkan bahawa dia sama sekali tidak terfikir untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki selepas berpisah dengan bekas suaminya pada 2007

Memang ada yang nak kenal tetapi saya tak mahu malah puas saya tolak dan jauhkan diri daripada suami sekarang selepas dia meluahkan perasaannya.

Bagaimanapun, saya tak dapat elak kerana Allah sudah tetapkan dia jodoh saya.

Suami datang dengan keyakinan dan orangnya bersungguh malah tidak rahsiakan hubungan kami dengan keluarganya jadi itu antara sebab saya terima juga lamarannya.

Terdahulu, tular satu video dimuat naik Muhammad Danial di TikTok memaparkan fasa dirinya daripada seorang pelajar sehinggalah menjadi suami kepada Jamilah.

Video

@abgcaltex3Hari ni penuh dgn fyp pasal seorang pelajar dari tingkatan 3 dulu diri nya nakal dan selalu dimarahi cikgu kelasnya dan kini cikgu itu dan pelajar begelar suami isteri…..jodoh kan tak kan kemana…lari sejauh mana sekali pon allah dan tetap jodoh kita sapa dia? original sound – Zulkarnain117

Sumber: Harian Metro, TikTok 

SKIP THIS AD ×