Pelakon dan penyanyi, Amy Mastura berkongsi tentang harapannya agar Aidilfitri tahun ini dia, suami dan anak-anak dapat beraya bersama-sama.
Artikel Berkaitan: Amy Mastura Kongsi Pengalaman Jadi Stewardess, Pernah Naik Fokker F27. Siap Ada Yang Bawa Ayam & Kambing
Artikel Berkaitan: Sentiasa Nampak Muda, Tak Sangka Amy Mastura Dah Masuk ‘5 Series’
Harapan raya
Pelakon filem Puteri Impian itu berharap agar Hari Raya kali ini dia dan keluarga dapat berkumpul bersama kerana kadang kala mereka berjauhan demi komitmen kerjaya masing-masing.
Harapan raya saya agar semua ahli keluarga saya ada bersama-sama seperti biasa. Kerana kadang kala kami tak dapat bersama ketika raya kerana suami saya bekerja di luar pesisir dalam bidang minyak dan gas. Anak-anak pun sudah membesar dan buat hal pekerjaan masing-masing.
Saya pun tak boleh duga juga, tiba-tiba ada penggambaran dan tapi untuk raya ini saya cuba untuk bercuti di Hari Raya demi keluarga tersayang.
Amy berkata demikian ketika ditemui OhBulan! semasa menghadiri sebuah majlis berbuka puasa.
Pemilik nama sebenar Amy Mastura Suhaimi ini juga berkongsi bahawa raya tahun ini dia dan keluarga beraya di Ipoh, Perak.
Raya ini perancangan seperti biasa sahaja dengan keluarga pergi ziarah-menziarahi dan InsyaAllah beraya di Ipoh.
Untuk Hari Raya, kami sekeluarga akan cuba untuk memakai baju sedondon tapi kadang-kadang itu hanya bertahan hanya beberapa jam untuk ambil gambar sahaja.