berita

Saya Berhijab Hingga Memakai Kain Kapan – Raja Azmi

June 2nd, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Rajaazmi

Hmm..siapa yang tak kenal dengan Raja Azmi? Pengarah yang sememangnya terkenal dengan kelantangannya dalam bersuara.

Malah, sebelum ini Raja Azmi pernah menggemparkan dunia hiburan dengan kontroversi dimana dia mempersoalkan pendapat bahawa orang yang tidak bertudung akan masuk neraka.

Tetapi, baru-baru ini, dengar cerita, Raja Azmi kini sudah pun berhijab. Menurutnya, dia mengambil keputusan itu kerana keinginannya untuk terus beribadah mengenali Islam dengan lebih mendalam.

raja azmi 1

Menerusi laporan mStar Online, Raja Azmi mengakui keceluparannya dalam mempersoalkan dakwaan wanita tidak bertudung akan masuk neraka telah membuka hatinya untuk berubah.

Semasa saya buat kenyataan itu, saya tiba-tiba terfikir apa yang saya cakap itu betul atau tidak? Dan saya juga membuat sembahyang tahajud tiga hari tiga malam dan akhirnya saya mendapat jawapan serta terbuka hati untuk berhijab.

Insya-Allah, niat saya untuk berhijab sehingga memakai kain kapan. Pakailah hijab kerana bila kita berhijab, kita akan dapat lebih banyak pahala

Selain dari itu, Raja Azmi berkata dia tidak terkesan dengan segala kritikan yang diterima dek kerana isu tersebut tetapi bersyukur kerana Allah SWT memberi hidayah kepadanya.

Raja

Nampaknya, peminat dan rakan-rakan Raja Azmi turut menyokong penuh keputusannya untuk berhijab. Malah, ada yang mengatakan imej terbaru wanita itu membuatkannya semakin berseri-seri.

Apapun, tahniah kepada Raja Azmi kerana telah berhijrah kearah yang lebih baik.

SKIP THIS AD ×