berita

Saya Bukan Antisosial – Dayang Nurfaizah

May 16th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Dayang Nurfaizah

Melihat pada cara percakapan, gaya serta kemanjaannya, kami pasti ramai yang tidak akan menyangka penyanyi popular iaitu Dayang Nurfaizah bakal mencecah umur 32 tak lama lagi.

Gadis kelahiran Sarawak ini sememangnya seorang yang mempunyai vokal yang unik dan kelasnya yang tersendiri. Namun, walau sudah lama bertapak didalam industri hiburan, Dayang jarang dikaitkan dengan mana-mana individu. Malahan, jika tak silap kami, jarang sekali gosip cinta Dayang ditulis dimana-mana akhbar.

Menjawab pada persoalan ini, Dayang ketika ditemui di Restoran Serai, KL Life sempena pelancaran album “Anuar dan Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas” semalam, mendedahkan dia sentiasa bersedia jika jodohnya tiba.

“Kalau sudah ada, kenapa tidak? Dayang tak pernah target nak kahwin bila, kalau ada, ada la.

“Dayang bukan antisosial sebab lepas habis sekolah, Dayang terus masuk ke industri hiburan,” jelas Dayang lagi.

Dayang turut memberitahu bahawa dia memang susah untuk berkawan dengan orang baru dan ibubapanya masih menganggap dia seperti anak kecil lagi.

“Dayang memang susah nak kawan dengan orang baru kenal. Kalau nak mendirikan masjid tu biarlah serius. Dengar macam-macam cerita lagi, Dayang takut.

“Keluarga masih anggap Dayang macam budak-budak lagi. Kalau nak tahu, ibubapa pun terkejut kalau Dayang ada teman lelaki.”

ANUAR ZAIN & DAYANG-1-01

Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah mempunyai kelas dan keunikan mereka yang tersendiri.

Untuk pengetahuan, Dayang Nurfaizah dan Anuar Zain telah melancarkan album live mereka yang dirakam di Dewan Filharmonik Petronas pada tahun lepas. Album ini memuatkan 14 buah lagu termasuklah Bila Resah,  Ketulusan Hati, Sedetik Lebih, Perpisahan dan beberapa lagi lagu hits mereka berdua.

Pada peminat setia Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah, anda boleh dapatkan album ini pada harga RM36.90 di kedai-kedai muzik berdekatan.

SKIP THIS AD ×