Pelakon Azlan Komeng memberitahu dia dan isteri berada dalam keadaan baik-baik sahaja meskipun masih menerima gangguan sihir.
Artikel Berkaitan: Azlan Komeng Dedah Isteri Salah Faham, Lafaz Cerai Tak Sah – ‘Kami Sebenarnya Hanya Berselisih Faham Pasal Bisnes’
Kami baik-baik sahaja
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Azlan berkata, dia tidak pernah menggunakan isu tersebut demi meraih populariti semata-mata. Tambah Azlan, gangguan sihir itu bertujuan meruntuhkan rumah tangganya.
Saya tak mahu berkongsi dengan orang ramai mengenai perkara ini secara terperinci. Ini kerana saya mahu memberi ruang untuk saya dan isteri. Saya bukan orang hebat, ternama untuk orang nak dengki, tapi saya tahu ada agenda peribadi yang mahu meruntuhkan rumah tangga saya.
Bagi saya, sangat tidak baik dan tidak elok terus mengganggu isteri saya berterusan. Saya akui sehingga sekarang masih ada gangguan, tak boleh nak cerita bagaimana.Paling teruk kena adalah isteri saya, cuma Alhamdulillah isteri semakin kuat.
Permainan sihir adalah perkara dilaknat Allah. Saya yakin segala kejadian atas izin Allah. Jadi, minta sahaja pada Allah untuk membatalkan kerana manusia tiada kuasa.
Azlan yang ditemui pada majlis tayangan perdana filem Rebel: Berontak Untuk Berotak arahan Datuk Awie di TGV The Starling Mall, baru-baru ini tidak menafikan gangguan tersebut memberi kesan kepada kerjaya dan keharmonian rumah tangganya.
Isteri paling teruk sehingga mengganggu kesihatan mental dan emosi. Mungkin saya okay sebab pernah terima gangguan sebelum ini. Saya tak menafikan, ia memenatkan tapi kalau fikir balik, Allah memberikan ujian atas izin-Nya, jadi ada hikmah di sebalik semua ini.
Sebab itulah saya boleh jalan terus dan kuatkan diri. Tapi, mungkin ada kesalahan yang saya lakukan secara peribadi, harap dimaafkan. Apa yang boleh saya katakan hubungan saya dan isteri semakin baik.
Alhamdulillah. Apa yang digembar-gemburkan adalah cerita lama selepas saya mengambil langkah untuk tidak lagi melakukan perkara yang tidak baik.
Jadi, mungkin ini adalah kifarah daripada tindakan saya dulu. Saya terima dan mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa daripada isteri yang menyinggung perasaan sesiapa. Nur Nilam seorang yang baik, tapi perkara yang menimpanya menjadikan seorang lebih beremosi.
Saya mohon orang ramai faham perasaan isteri dan ibu terima gangguan yang bertujuan meruntuhkan rumah tangga. Saya juga mohon doa dan sokongan.