Gosip mengenai keretakan rumah tangga aktres Vanidah Imran dan Rashidi Ishak bertiup kencang sejak Ogos tahun lalu. Namun, kedua-dua mereka menafikan hal itu dan memilih untuk berdiam diri.
Terbaru, Rashidi sendiri menerusi Instagramnya mengumumkan perpisahan mereka suami isteri sekaligus menjawab segala persoalan peminat selama ini.
Terpaksa rahsiakan perceraian
https://www.instagram.com/p/BvOdHUAAKp5/
Menurut Rashidi, dia dan Vanidah telah memfailkan pembubaran ikatan mereka itu sejak Ogos tahun lalu lagi. Dia bagaimanapun meminta maaf kerana terpaksa merahsiakan perkara itu atas beberapa sebab.
Pada 9 Ogos 2018, saya dan Vanidah telah memfailkan perceraian kami. Secara rasmi di depan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, kami mengakhiri perkongsian hidup selama 17 tahun bersama. Saya memohon maaf kerana tidak menyampaikan perkara ini lebih awal.
Ini adalah untuk kami melindungi keluarga dan rakan-rakan selain menghormati kedua-dua belah keluarga. Saya menghargai sokongan yang diberikan kepada kami, terutamanya untuk Vanidah.
Mengakui kesilapan?
Rashidi juga seperti turut memberi bayangan mengenai kegagalannya sebagai ketua keluarga sehingga menyebabkan perkahwinan mereka tidak dapat bertahan.
Kegagalan dalam sesebuah institusi adalah disebabkan kepimpinan yang lemah. Dalam perkahwinan, hubungan yang retak dikaitkan dengan kesalahan imamnya.
Mungkin ya mungkin tidak, namun pemimpin yang baik akan sentiasa disedari dalam apa jua keadaan. Saya bukanlah imam yang baik.
Vanidah dan Rashidi, 45, berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 18, dan Maryam Rashika, 15.
Sumber: Rashidi Ishak