berita

‘Saya Ceraikan Nur Sofia Binti Johari Dengan Talak Dua, Selamat Hari Jadi’- Influencer Dikecam Ceraikan Isteri Menerusi Video

March 14th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sebelum ini, rumah tangga pasangan pempengaruh iaitu Nor Sufia Johari (Cik Pia) dan Khairul Azli menjadi bualan hangat netizen ekoran si suami didakwa membiarkan isterinya bersalin sendirian di hospital.

Artikel Berkaitan: Uruskan Hal Bersalin Sendirian, Wanita Menangis Suami Tak Endah Bila Suruh Datang Wad Azankan Bayi

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Influencer Hadir Ke JPN, Selesaikan Isu Pendaftaran Nama Anak

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Influencer Tak Hadir Ke JPN, Anak Terpaksa Berbinkan 99 Nama Allah – ‘Buat Live, Keluar Dengan Makwe ..’

Isu tersebut berlarutan apabila Khairul enggan memberi kerjasama untuk mendaftarkan nama anak mereka di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Lafaz talak menerusi video?

Tetapi baru-baru ini, nama pasangan ini sekali ini menjadi sorotan dek tindakan Khairul yang melafazkan talak dua terhadap Cik Pia menerusi satu video yang kemudian dikongsikan di TikTok. Lebih menyedihkan apabila, tarikh dilafazkan talak itu merupakan hari lahir Cik Pia.

Saya Khaireel Azlee Abd Aziz ceraikan Nur Sofia binti Johari dengan talak dua. Assalamualaikum, selamat hari jadi.

Tak dapat digambarkan betapa remuknya hati seorang isteri yang sepatutnya dapat menyambut ulang tahun kelahiran bersama suami tersayang bertukar menjadi momen pengakhiran dalam rumah tangga yang dibina. Cik Pia akui sedih namun dia reda dengan segala ketentuan Allah SWT buat dirinya dan anak.

Sementara Khairul atau lebih mesra dengan panggilan Boss Kay meluahkan rasa kesal dan pelik mengapa video lafaz talak itu boleh tersebar sedangkan rakaman tersebut hanya dihantar menerusi aplikasi WhatsApp kepada pihak di sebelah sana sahaja.

Video

Sumber: Airis Suraya, Aima Ladyaima

SKIP THIS AD ×