Komposer dan penerbit terkenal Ajai memberikan pendapat peribadinya mengenai ‘kegagalan’ kumpulan The Gadys menyanyi secara langsung menerusi sebuah acara anugerah baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Itu Program Penerbitan Luar, Bab Artis Penganjur Yang Carikan’ – Mokhzani Ismail Respons Isu The Gadys
Ada tiga masalah
Menerusi temu bual bersama OhBulan! Ajai berkata, terdapat tiga masalah utama yang dikesan pada persembahan tersebut termasuk penjiwaan dan penghayatan ketika melakukan persembahan.
Ada tiga masalah di situ. Pertama, tanya label. Kedua kena tanya penganjur. Ketiga, begitulah nyanyiannya kalau selalu autotune. Kamu tak dapat suara asli kamu. Tapi suara asli kamu kedengaran bila kamu menyanyi secara langsung.
Dan juga soul. Ada orang pitching dia agak flat. Tentulah, kita manusia memang tiada pitch sempurna. Tapi jika dia ada karisma, boleh jual.
Berbicara lebih lanjut, Ajai menekankan kepentingan tugas artis & repertoire (A&R) dalam mencari bakat baru yang benar-benar boleh menyanyi.
Saya tonton persembahan itu dan saya tidak terkejut. Sebab saya dah biasa tengok budak-budak sekarang menyanyi macam tu. Sebab saya selalu dapat DM untuk audition.
Selagi label tak jaga kuantiti dan kualiti, memang susah. Label sepatutnya perlu ada A&R dalam menentukan sesuatu produk bagus atau tidak. Nak harap siapa lagi takkan nak harapkan kedai tayar?
Ajai ditemui pada sidang media Konsert ByAjai & Mega Friends.