Penyampai radio merangkap Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin mengakui dirinya menerima kecaman dan tohmahan yang teruk daripada netizen susulan berita penamatan kontrak bekas penyampai stesen radio berkenaan iaitu Tyzo Xander.
Artikel Berkaitan: Didakwa Diberhentikan Sebab ‘Demand’ Gaji, Tyzo Tunggu Kenyataan Rasmi Daripada Pihak Stesen Radio
Artikel Berkaitan: ‘Rasa Seperti Mimpi Bila Tyzo Tiada..Ramai Sukakan Dia..’ – Shiera
Tak salahkan netizen
Ketika ditemui OhBulan!, DJ Lin atau nama sebenarnya Roslina Abdul Majid berkata, dia sama sekali tidak menyalahkan segelintir wargamaya yang mengecamnya susulan perkara yang menjadi bualan hangat baru-baru ini.
Sejak video viral, banyak cacian dan tohmahan yang saya dapat. Pada saya, saya tak boleh salahkan netizen. Mereka tak tahu apa yang berlaku. Apa yang berlaku di sebaliknya itu, tiada siapa yang tahu. Saya tak boleh hukum netizen yang tak tahu apa-apa.
Dalam pada itu, penyampai radio berusia 48 tahun tersebut memaklumkan dirinya sudah lali menerima pelbagai kecaman selepas hampir 25 tahun berkecimpung dalam industri penyiaran.
25 tahun dalam industri radio, Alhamdulillah saya cemerlang dengan 13 anugerah besar dimenangi.
Sejak video viral, banyak cacian dan tohmahan yang saya dapat. Saya dah lali dengan kecaman, yang kenal saya tahu saya macam mana.
Saya juga pernah dikecam oleh bekas-bekas penyampai yang ditamatkan kontrak sewaktu di bawah pengurusan saya. Tetapi saya bersyukur atas anugerah di mana saya dikurniakan dengan peminat yang sangat setia bersama saya.
DJ Lin berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media memperkenalkan barisan penyampai radio Suria FM yang baharu bertempat di Cybertorium, Menara Star.