berita

Saya Dah Move On – Jimmy Shanley

November 27th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Pelancaran Stesen Radio Baru KL-38

Selepas dilanda kontroversi sebelum ini, nama Jimmy Shanley, 33, sedikit sebanyak telah tercalar akibat daripada masalah rumahtangga bersama bekas isterinya.

Ekoran daripada itu, Jimmy dilihat bangkit semula bagi menjernihkan namanya daripada gosip yang melanda.

Namun baru-baru ini, Jimmy dikatakan sudah bergelar suami kepada seorang wanita yang tidak diketahui identitinya.

Pelancaran Stesen Radio Baru KL-41

Jimmy dalam proses mengenali ‘teman baru’

Bagaimanapun, ketika ditemubual di majlis pelancaran radio Ultra FM, Jimmy tetap dengan pendiriannya untuk berahsia mengenai gosip tersebut. Pengacara ini turut menegaskan bahawa jika dia berkahwin pun, dia tidak akan sesekali berkahwin di Siam.

Insyallah, saya akan buat sidang media untuk beritahu perkara sebenar. Banyak hati yang perlu saya jaga.

Kenyataan saya dah berkahwin seperti yang dilaporkan bukan dari mulut saya. Insyallah, tunggu sedikit masa je lagi. Apa yang penting, saya tak kahwin kat Siam.

Walaupun Jimmy enggan memberi penjelasan, namun peminat masih tidak jemu untuk membongkar isu perkahwinannya bersama seorang janda beranak satu yang didakwa sebuah akhbar tempatan.

Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norhajan Saleh turut memberitahu dia kini dalam proses mengenali seorang wanita, dimana wanita tersebut dikatakan lebih memahami dirinya dan juga merupakan seorang yang bertudung.

Kegagalan perkahwinan dulu semakin mematangkan saya dan mengajar erti sebenar dalam hidup saya. Saya tak malu untuk mengakuinya. Apa yang penting, saya dah move on dan sudah tiba masanya saya ada keluarga baru.

Sebagai tambahan, 12 Disember ini Jimmy akan hadir ke mahkamah ekoran tuntutan bekas isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, yang mahukan hak penjagaan sepenuhnya ke atas anak mereka, Zahrah Rania.

Apa-apa pun, jom layan foto-foto Jimmy semasa di majlis pelancaran radio Ultra Fm selepas ini.

 

SKIP THIS AD ×