berita

Saya Dan Uqasha Sudah Bertunang – Pekin Ibrahim

July 23rd, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Pekin Ibrahim

Kecoh dengan gosip mengatakan mereka berdua sudah putus cinta, Pekin menerusi sebuah portal hiburan telah menafikan tuduhan tersebut dan mendedahkan hubungannya bersama seorang lagi aktres, Uqasha Senrose, baik-baik sahaja.

Pekin dalam kenyataannya memberitahu spekulasi ini timbul selepas Uqasha memuat-naik sebuah puisi ke laman Instagram-nya yang telah menimbulkan pelbagai persoalan dikalangan peminat dan juga media.

“Sebenarnya puisi tu tak bermaksud apa-apa pun. Mungkin juga untuk Ashraf Muslim. Iyalah sebab seperti mana kita semua maklum Asharf hantag dengan isunya baru-baru ni, kan. Jadi dia (Uqasha) saja lah letak sajak tu.

“Orang mungkin dah tersalah anggap dan mereka berfikir kami sudah berpisah. Padahal hubungan kami baik-baik saja.” – dipetik dari Malaysian Digest

Screen Shot 2013-07-23 at 10.23.41 AM
Paling mengejutkan ialah, Pekin turut mengakui bahawa dia dan Uqasha telah pun bertunang sekitar awal bulan ini, namun tiada maklumat lanjut yang dikongsikan.

“Ya, saya dan keluarga telah menghantar rombongan merisik dan saya dan Uqasha sudah bertunang pada awal bulan ini.” – MD

Jawapan ini sekaligus menangkis segala spekulasi dan khabar angin yang timbul mengenai Pekin dan juga pasangannya, Uqasha. Apa pun, tahniah diucapkan dari OHBULAN! atas pertunangan Pekin Ibrahim & Uqasha Senrose.

SKIP THIS AD ×