Pada Ahad lalu, kenderaan mewah milik pelakon dan pelawak, Roy Azman yang dinaiki bersama isteri dan anak bongsunya yang berusia lima tahun dilaporkan terbakar dalam satu kejadian.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kereta Rentung Terbakar, Roy Azman Syukur Sempat Lari Keluar Bersama Isteri & Anak – ‘Masa Drive Ada Orang Hon Bagitau’
Trauma sehingga demam
Memetik laporan Harian Metro, selepas kejadian tersebut Roy atau nama sebenarnya Zairosminan Abdul Rahman mendedahkan dia mengalami sedikit trauma sehingga menyebabkannya demam.
Dalam masa yang sama, Roy turut mengucapkan rasa syukur kerana isteri dan anak bongsunya selamat serta dipermudahkan segala urusannya ketika itu.
Selepas kejadian itu, semalam saya demam sebab adalah trauma sedikit berikutan masih terngiang-ngiang lagi insiden kemalangan yang berlaku. Saya bersyukur sangat sebab kami semua selamat.
Maksudnya, kalau diikutkan isteri saya susah sedikit nak buka bahagian tempat duduk belakang kereta itu untuk suruh anak masuk atau keluar. Ia agak payah kerana tersekat-sekat.
Tapi Alhamdulillah, syukur pada Allah sebab permudahkan ketika kejadian itu apabila dengan sekali buka saja, isteri saya terus dapat tarik anak kami keluar dari kereta.
Memang banyak sangat Allah permudahkan waktu itu (semasa kereta terbakar). Selepas kemalangan, saya terus pergi buat laporan polis hingga jam 6 pagi dan kemudian jam 8 pagi, ada penggambaran pula.
Menurut pelakon berusia 53 tahun itu, ketika kejadian dia dan keluarga dalam perjalan untuk pulang ke rumah di Bandar Seri Putra selepas bertemu bersama kawan-kawan di Puncak Alam.
Kereta itu baru diambil dari bengkel di Ampang petang kelmarin selepas siap ‘overhaul’. Kemudian kami keluar makan dengan kawan-kawan di Puncak Alam.
Tambah Roy, sehingga kini dia masih tidak tahu punca yang menyebabkan keretanya terbakar dan sedang menunggu laporan daripada pihak bomba sebelum dia bertemu dengan pihak bengkel.
Sumber: Harian Metro