berita

‘Saya Dengan Rendah Diri Menerima Jawatan Ini’ – Hans Isaac Dilantik Pengerusi FINAS

April 10th, 2019 | by Ai
Kini Trending

Pelakon, penerbit dan pengarah filem, Datuk Gerald Hans Isaac telah sah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Dia akan memegang jawatan tersebut selama tempoh dua tahun yang berkuat kuasa 8 April lalu.

Berpengalaman luas dalam dunia perfileman

Perlantikannya itu telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menerusi satu kenyataan media. Hans Isaac dilantik kerana seorang yang berpengalaman luas dalam dunia perfileman.

Beliau (Hans Isaac) mempunyai pengalaman luas dalam bidang perfileman. Beliau telah menerima pelbagai anugerah dalam industri perfileman tempatan.

Hans Isaac merupakan Pengarah Urusan Social 360 Sdn Bhd, sebuah syarikat yang terlibat dalam bidang keselamatan serta insurans dan pernah menjadi anggota Lembaga Penasihat Finas serta anggota lembaga Persatuan Penerbit Filem Malaysia pada  2012.

Tambahan, pelantikan Hans Isaac juga dibuat berdasarkan peruntukan dalam Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 bagi menggantikan Datuk Samsuni Mohd Nor yang  menjalankan tugas sebagai pemangku Pengerusi Finas selama lebih empat bulan yang lalu.

Kementerian berharap pengerusi yang baharu ini akan berkhidmat untuk meningkatkan usaha-usaha Finas bagi membangunkan industri ini.

‘Saya bersedia menerima jawatan ini..’

https://www.instagram.com/p/BwEQU3Qgw3y/

Menerusi laman Instagramnya pula, Hans Isaac memuat naik satu kenyataan memberitahu kepada umum bahawa dirinya sudah bersedia memikul tanggungjawab yang telah diberikan. Dia juga menyatakan hasrat untuk terus berusaha memberi yang terbaik dalam melaksanakan tugas.

Menurutnya lagi, dia akan memandang serius soal kebajikan dan kesejahteraan rakan-rakan industri dan pengamal seni yang lain serta berusaha menaikkan kualiti filem dan hasil seni tanah air. Bukan itu sahaja, dia juga berasa teruja untuk berganding bahu bersama-sama CEO FINAS, Ahmad Idham serta ahli lembaga yang lain.

Sumber: Bernama

SKIP THIS AD ×