berita

‘Saya Dididik Untuk Berbudi Bahasa’ – Berang Wujud Akaun Facebook Palsu, Syed Saddiq Buat Laporan Polis

May 2nd, 2019 | by Ai
Isu & Kontroversi

Dewasa ini, kewujudan akaun media sosial palsu semakin menjadi-jadi. Sikap golongan yang tidak bertanggungjawab ini sanggup membuka akaun palsu semata-mata untuk menyamar, menipu dan mengambil kesempatan kepada pengguna media sosial yang lain.

Terbaharu, Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq telah tampil membuat laporan polis berikutan kewujudan akuan palsu yang menggunakan nama dan gambarnya di laman sosial Facebook.

Laporan polis dan MCMC telah dibuat

Menerusi Twitter, beliau memberitahu bahawa telahpun membuat laporan polis dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) berikutan wujudnya akaun palsu tersebut. Beliau juga menegaskan bahawa, dirinya telah dididik untuk sentiasa berbudi bahasa dan akan mengekalkan prinsip tersebut.

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa dirinya tidak akan sesekali memaki hamun seperti yang difitnah di medium media sosial. YB Syed Saddiq juga meminta kepada orang ramai untuk menyebarkan kenyataannya itu demi kebenaran.

Akaun palsu

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×