berita

‘Saya Doakan Awak Bersalin Dengan Seksa’ – Suami Doula Kontroversi ‘Serang’ Ahli Farmasi Sedang Makan

December 25th, 2018 | by faris
Kini Trending

Februari lalu seorang bayi meninggal dunia setelah kepalanya tersangkut ketika dalam proses kelahirannya. Ibu berkenaan dipercayai ditemani individu yang bukan merupakan anggota kesihatan dan tidak bertauliah untuk mengendalikan kelahiran bayi atau doula.

Namun, kes berkenaan tidak menemui penyelesaian apabila ibu berkenaan menafikan kehadiran doula ketika bersalin. Isu ini kembali menjadi bualan apabila suami kepada doula terbabit telah ‘menyerang’ ahli farmasi kerana dikatakan memfitnah isterinya.

Didoakan bersalin dengan terseksa

Siti Hawa Mohd Noor yang aktif memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai mitos perubatan di saluran Youtube ML Studios meluahkan kekesalannya ‘diserang’ lelaki terbabit ketika sedang makan bersama ibunya.

Lunch tadi makan dgn my mum dekat satu kedai ni, suddenly ada sorg lelaki approach us

-Awak ni doktor yg buat video pasal doula tu kan?
-Saya suami XXX
-Apa yang awak cakap semua tak betul.
-Awak belum kahwin kan?
-Saya doakan awak bersalin dengan terseksa.

My reply was
-Saya cakap berdasarkan fakta dan statistik.
-Saya tengah makan, saya tak berminat nak berdebat.
-Apa yang awak doakan, berbalik kepada family awak semula.

Ada juga orang Islam macam ni

Menurut Siti Hawa lagi, apa yang dialaminya tidak membuatkan dia marah, malahan merasakan perkara itu sebagai lucu dan mengundang simpati. Dia turut kesal dengan adanya golonga sedemikian yang sanggup mendoakan kecelakaan orang lain demi kepentingan sendiri.

All this while, I don’t respond to any provocation because my time is precious and I dont waste my time and emotion on unnecessary things. Ada beza antara org yang benar-benar ingin tahu dan sekadar nak provoke sahaja. Walau apa pun jawapan, fakta & kajian yang diberi, mereka tetap dengan pendirian mereka.

Imam Syafi’i berkata :
“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu, tapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, karena orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”.

Personally I tak marah langsung. I just find it funny, pitiful and pathetic. Ada jugak org Islam perangai macam ni. Mendoakan kecelakaan kepada org lain. Ingat makbul ke doa mcm tu? I dont even have to list down the damage this kind of people have done to the community. Cuma sedikit terkilan sebab benda ni jadi in front of my mother’s eyes.

I put myself out so I memang dah ready with receiving backlash. Im not affected. Tapi kesian la my mum. Balik rumah tak habis lagi cerita dekat semua orang apa jadi. Siap prepare skrip of her possible replies to that guy.

Whatever it is, saya doakan semoga orang-orang macam ni kembali ke pangkal jalan, buat lah business yang tidak memudaratkan orang lain, gunakanlah akal fikiran yang tuhan dah bagi tu. Dan jangan cemarkan imej Islam yg dibawa.

Sumber: Siti Hawa Mohd Noor

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×