berita

‘Saya Gembira Dengan Kehidupan Sekarang’ – Ariff Aziz Akhirnya Buka Mulut

June 19th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Terbaru, penerbit drama terkenal, Datuk A. Aida telah mengadakan sidang media bagi menjelaskan tentang statusnya bersama pelakon Ariff Aziz. Dalam sidang media tersebut, A. Aida telah menyatakan sudah bercerai dengan suami pada 24 April secara baik.

Pada sidang media itu juga tidak kelihatan kelibat Ariff Aziz dan dia juga tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan di media sosial. Bagaimanapun, menerusi laporan BH Online Ariff Aziz tampil bersuara bagi pihaknya.

Tak perlu gaduh-gaduh

 

Ariff Aziz bagaimanapun menyifatkan perpisahan ini merupakan suatu suratan takdir dan mempercayai disebalik hikmah yang telah berlaku. Dia turut mendoakan yang terbaik buat bekas isterinya selama 10 bulan perkahwinan mereka.

Saya anggap tiada jodoh antara kami. Ada hikmah atas perpisahan ini. Allah saja yang tahu. Tak perlu gaduh-gaduh. Alhamdulillah untuk dia, saya doakan yang baik-baik sahaja.

Alhamdulillah, daripada tidak memakai tudung sebelum berkahwin, dia memilih untuk menutup aurat. Sekarang, dia masih dengan imej sama. Saya harap dirinya terus istiqomah.

Saya mahu fokus menjaga mama

Tambah pelakon ini lagi, dia akui berasa gembira dengan rutin hariannya selepas bergelar duda. Dia juga bebas dalam melakukan aktiviti suka dan meluangkan masa bersama rakan.

Saya gembira dengan kehidupan sekarang. Saya boleh buat banyak benda yang diminati sejak belajar di universiti dahulu.

Saya boleh buat aktiviti sukan termasuk bermain bola keranjang bersama teman-teman. Sejak usia 13 tahun saya meminati sukan ini dan mewakili negeri Kedah.

Paling utama saya mahu fokus menjaga mama yang tak berapa sihat. Doakan kesihatan Mama saya kembali okay. Doakan saya berjaya di dunia dan akhirat.

Daddy selalu sayangkan kamu

Kini, Ariff Aziz kembali bekerja sebagai pakar web dan mungkin akan tinggalkan kerjayanya sebagai pelakon. Buat kali terakhir, dia sempat menitipkan ucapan buat anak tirinya, Muhammad Rahul. Dia dan bekas isteri mula berkenalan sejak tahun 2015 dalam beberapa projek melibatkan A. Aida Production.

Untuk Rahul, daddy selalu sayangkan kamu. Jaga diri. Terima kasih untuk kasih sayang yang kamu zahirkan untuk daddy.

Sumber: BH Online

SKIP THIS AD ×