Mungkin sudah masuk pertengahan tahun, sebab itu dengar banyak berita artis bercerai sana-sini. Nanti masuk penghujung tahun, bersepah pula berita artis kahwin sana-sini.
Info terbaru dari bekas penyanyi kumpulan Elite, Sasha Saidin telah dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur untuk mengambil borang memfailkan cerai. Pelakon yang pernah bercerai sekitar 5-6 tahun lepas bersama suami pertamanya, Johan Abdullah Skinner, dikatakan telah hadir ke mahkamah bersama ibunya untuk menyelesaikan hal peribadi keluarga.
Tidak dapat dipastikan apakah masalah peribadi itu, tapi banyak pihak sudah mula berteka-teki dengan masalah rumah tangga Sasha Saidin. Namun, Sasha ketika ditemubual tidak mahu mengulas lanjut mengenai masalahnya.
“Saya hadir ke sini bagi menyelesaikan hal peribadi. Selebihnya, saya enggan komen lebih lanjut. Diharap anda (pihak media) faham dengan permintaan saya. Ia sangat peribadi untuk dijelaskan.” – Sasha Saidin dipetik dari mStar Online.
Untuk pengetahuan, Sasha telah berkahwin dengan suami kedua yang bernama Salyo Priyanto, 37, pada tahun 2007 dan telah dikurniakan seorang cahayamata bernama Adam Aryasenna Notosoemarsono, 3 tahun.