berita

‘Saya Hanya Manusia Biasa. Yang Baik Silalah Ikut, Yang Tak Baik, Janganlah Kamu Mengikut’ -Aprena Manrose

December 29th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Baru-baru ini, tindakan pelakon jelita, Aprena Manrose yang hanya mengenakan hoodie dan topi ketika hadir ke Cycling Classes telah menimbulkan perasaan risau dalam kalangan peminat.

Artikel Berkaitan: Aprena Manrose Pakai Hoodie Dedah Leher, Netizen Nasihat Paksa Diri Tutup Aurat

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aprena Manrose Pernah Terdetik Nak Buka Tudung Tapi Selalu Ingat Pesanan Bapa – ‘Kalau Sempat Taubat Bagus, Kalau Tak?’

Ambil yang baik

Terbaharu, Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman memohon agar semua orang hanya mengambil yang baik darinya sahaja

Baginya, dia juga hanya manusia biasa yang tidak lari daripada membuat kesilapan.

Dalam pada itu, Aprena turut mengucapkan terima kasih kepada para pengikutnya kerana sentiasa menyokong dan menyanyangi dirinya seadanya.

Pelakon berusia 30 tahun itu, telah memuat naik beberapa keping gambarnya di Instagram untuk sebuah rancangan pada bulan puasa akan datang.

Saya hanya manusia biasa. Yang baik silalah ikut, yang tak baik dari saya ni jangan lah kamu mengikut. Apa apa pun terima kasih menyayangiku seadanya, tegur kerana sayang.

Jika benar sayang, tengoklah saya mengaji akan keluar bulan puasa nanti tau.

Terdahulu, sepupu kepada Uqasha dan Nelydia Senrose mengakui hatinya pernah berbolak-balik untuk kembali tidak berhijab selepas mengambil keputusan menutup aurat sekitar dua tahun lalu.

Katanya, bukan senang nak istiqamah kerana ada cabarannya. Banyak beristighfar dan niat pakai tudung kerana Allah SWT.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×