Pelakon Fasha Sandha tampil memohon maaf susulan tindakanya memuat naik sepotong video memperlihatkan aksi mesra dia dan suami, aktor Aidil Aziz yang sedang berendam dalam jakuzi di Instagram miliknya pada pagi Khamis.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fasha Sandha Berendam Dengan Suami Dalam Tab Mandi Bikin Netizen Tak Senang Duduk
Artikel Berkaitan: Baju Terbelah Sampai Paha Sambil ‘Cat Walk’, Netizen Tazkirah Fasha Sandha – ‘Makin Lama Makin Tak Malu’
Tuntutan kerja
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan berkata video berkenaan merupakan sebahagian daripada tuntutan kerjanya.
Kalian yang memuji terima kasih. Kalian yang mengeji pun terima kasih. Saya bertugas, saya masih makan gaji, saya bukan boss, saya masih kuli.
Saya hanya menjalankan tugas dan komitmen. Saya minta maaf kepada yang tidak suka saya berpelukan dengan suami.
Dalam masa sama, Fasha percaya teguran yang diberikan orang ramai adalah kerana mereka mengambil berat dan masih sayang pada dirinya.
Orang tegur atau kecam atau puji bermakna orang masih ambil tahu dan sayang. Dalam dunia ini perlu ada orang tegur dan kecam juga, untuk menjadikan kita manusia lebih baik.
Sementara itu, pelakon drama Khilaf Asmara itu meminta orang ramai untuk mendoakan perkahwinannya bersama suami agar kekal hingga ke akhir hayat.
Pejam celik dah enam tahun kami bersama, syukur. Ya, perkahwinan ini adalah pinjaman daripada Maha Esa, kita pun tak tahu berapa lama pinjaman ini. Cuma kita mendoakan agar pinjaman ini kekal ke akhir hayat.
Doakan yang baik-baik semoga yang baik-baik juga jadi pada kalian. I love you. Lovers atau haters, saya masih sayang kalian.
Terdahulu, tindakan Fasha memuat naik video memaparkan aksi mesra bersama suami di dalam jakuzi atau tab mandi telah mengundang kritikan orang ramai.
Malah ada segelintir netizen yang menyifatkan tindakan aktres itu kurang sopan memandangkan dia merupakan seorang ‘public figure’.
Dalam video berdurasi 10 saat itu, Fasha dilihat hanya mengenakan singlet berwarna hitam manakala Aidil dilihat tidak memakai baju sehingga menampakkan tubuh badannya yang sasa.
Difahamkan video tersebut dimuat naik sebagai salah satu ‘marketing’ bagi mempromosikan produk terbaharu milik Fasha.
Sumber: Instagram